Busy pun bermula

Standard

Saya dah start busy semula.

1. Semalam pendaftaran pelajar baharu sesi Dec/Jan 2010. Dari pagi sampai petang. Ada la dalam 50 orang yang mendaftar. Dapat la 2 kelas.

2. Habis je pendaftaran, ada meeting (semua lecturer) dengan Timbalan Pengarah. Just bincangkan tentang sesi akademik yang lepas dan yang akan datang.

3. Hari ni ada meeting bagi program Majlis Makan Malam & Perpisahan Pelajar semester akhir 2009. Saya tak semena-mena kena gantikan Kak Yud. Ini memang padan muka saya sebab semalam dok sibuk-sibuk tanya kenapa nama saya tak ada. Memang cari padah la kan. Nah, sekali dapat Ketua AJK Protokol engkau! Dan yang paling bestnya, event tu esok (7 Januari 2010). Yahoo! Memang saya dah jadi macam lipas kudung la hari ni. Kejap ke sana. Kejap ke sini. Nak kena buat text/skrip untuk emcees lagi (actually edit yang lama je). Dan macam-macam lagi la. Memang bidan terjun dari tingkat 88 ye kawan-kawan.

4. Esok pulak ada pendaftaran pelajar lama. Saya bertugas pagi (tu pun minta switched dengan Faizah sebab petang saya dah nak kena ada di Heritage). Dan bertapa la saya di Heritage tu sampai majlis selesai. Wuwuwu…seharian tak jumpa Hannah esok.

5. Malam esok tu, entah saya dapat makan dengan tenang entah tak dapat makan langsung. Sedihnya kalau memikirkan saya tak dapat makan langsung tu. Harap dapat makan la.

6. Nak upload gambar kawen Mr. President kat Facebook pun tak sempat apatah lagi nak buat entri pasal tu. Draft dah buat tapi belum publish lagi. Nanti la.

Ok la. Nak balik dah. Ciao.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s