Edisi terjah KL suka-suki: Part Uno

Standard

26 Fabruari 2010 / 12 Rabiulawal 1431

It’s really a last minute or unplanned planning. Tiba-tiba je. Setelah bosan dengan 2 kerat shopping complex yang ada kat Ipoh ni (pi mai pi mai tang tu je), kami pun terjah KL. Mutiara Damansara to be exact. Cadang nak pergi balik hari je. Tapi small luggage still bawak juga. Sebab akan tau end up mesti tak balik hari punya.

Konon nak keluar pukul 8am. Hmmm…standard la. 10am baru keluar rumah. Around 1++pm sampai The Curve (tu pun dengan bantuan Cik Garmin). Saya eksaited lebih sebab 1st time sampai The Curve. Memang gila kampung la. Hahaha. Tapi entah macam mana kami ke E-Curve dulu. Tak menarik pun sebab maybe still baru lagi kut. Kedai pun tak banyak lagi. Perut lak dah nyanyi lagu Lady Gaga. So, tanpa fikir panjang, terus terjah masuk Tony Roma’s. Memang rasa macam datang dari kampung la masuk sini. Itu belum masuk bila nak bayor. Terasa macam darah meleleh keluar dari hidung je (sebab saya yang bayor kan).


Sesi kaler-kaler. Ni saya rasa kat mostly restoran yang cam gini ada letak crayon and activity sheet untuk kids.


Hannah habis hati dapat menyonteng. Suka sangat dia sebab kat rumah tak boleh nak conteng suka-suki.


Ni starter – Boneless Buffalo Bites. Bukan kerbau ye. Ayam. Namanya je buffalo. Ada dalam 10 ketul kut.


Ni air kami. Saya serius tak ingat apa ke nama airnya. Tak silap yang En. Suami punya Submarine ‘O’. Mine is Lime apa tah. Hahaha. Saya memang tak boleh jadi food critique. Hehehe.


Main dish saya – Chicken Tuscany Pasta. Boleh buat makan untuk 2 orang. Jenuh nak habiskan weh. Masa tengok pinggan dia je saya dah kaget jap.


Yang ni En. Suami punya – Grilled Chicken & Rosemary Sauce kut. Side dishes dia kami amik coleslaw and baked potato. Tapi coleslaw tu macam sedap yang En. Suami buat lagi je.


Dah habis makan. Kami memang dah totally full masa ni. Buffalo Bites tu ada 3 ketul tak habis. Pasta tu pun berusaha nak habiskan. Tapi tak boleh nak habis juga.

So, nanti sambung lagi dalam Part Dos. Ciao.

2 responses »

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s