Standard

Salam. Saya ada banyakkkkkk….banyak-banyak benda nak cerita dekat sini tapi tak ada masa nak tulis. Ni kira baru boleh nak bernafas sikit la sebab dah masuk minggu exam. Tapi nanti sibuk balik sebabnya nak tanda kertas soalan pulak.

Anyway ada banyak benda berlaku sepanjang bulan April yang lepas. I mean banyak event yang saya kena attend (ceh, macam orang politik plak sebab kena attend events. LOL). Lepas KPTM’s Multimedia Race tu, saya pergi camping 3 hari 2 malam di Gopeng dari 9 – 11 April. Program Graduan Berketrampilan. Syok sebab saya dah lama tak buat outdoor activity. Jungle trekking, hiking, water tubing, and cave exploring.

Then on 13 April, ada Majlis Anugerah Dekan. Kalau last year buat di Hotel Excelsior, kali ni buat di Hotel Heritage sebab dah makin ramai yang dapat Dean’s List for last semester. 123 orang. Paling ramai students semester 3 (currently semester 4). 53 orang. Mentee saya ada 3 orang yang dapat – Ja-are, Elyda dan Ju. Gambar malam tu cacamarba sebab dari kamera yang berbeza-beza.

Lepas tu on 22 – 25 April baru ni, saya ada Kursus Pedagogi di KPTM Bangi. Tidur di Equatorial Bangi weh. Kami pergi 14 orang. Kursus bosan giler sebab penceramah dok cerita benda lain selain pedagogi. Dah la dari pagi sampai petang. Ngantuk tahap abadi la. Yang bestnya, kami tiap-tiap hari pergi layan sauna, jacuzzi dan steambath lepas habis kursus. Hehehe. Giler jakun tak pernah masuk sauna. Malan pulak dok jalan-jalan cari makan kat area Bangi.

Oh, last sekali ada seminar di Menara TM on 28 April 2010. Itu seminar syok sendiri sebab produk dia macam MS PowerPoint. Pastu 1 licence jual sampai RM2000++. Hoh.

So, sekian laporan aktiviti saya untuk bulan April. Nanti saya update lagi. Ciao.

Nota kaki: Sumber gambar dari simpanan sendiri dan ada yang curik dari Fesbuk orang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s