Entri panjang pasal KFC

Standard

Saya sedikit irritated semalam. But En. Suami, sudah rasa mau makan orang instead of fried chicken. Cumanya dalam cerita ni nanti, saya akan tukarkan situasi yang berlaku pada En. Suami tu seperti saya yang alami (errr…korang paham ke?). Maknanya saya tukar watak. Saya jadi En. Suami and vice versa. Nak bagi cerita ni lagi feel untuk kamu semua baca. Hahaha.

Ceritanya begini.

Lepas buat marketing di Tesco semalam, kami bercadang nak tapau KFC. Orang agak ramai di kaunter pesanan. Mungkin sebab dah musim gaji. Semuanya nak bagi anak-anak makan ayam goreng yang lazat hingga menjilat siku jari. Saya pun beratur. Saya orang ke-4 dalam barisan tersebut. Ingat ye. Orang ke-4. Maknanya di hadapan saya ada 3 orang lagi je. En. Suami pula duduk sambil membaca Women’s Weekly Malaysia yang baru dibeli.

Okay. Mari kita mulakan dengan kelembapan servis di kaunter ini. I’m not blaming the cashier 100%. Dia baru kerja. Semuanya skema. Ambil pesanan pun sangat skema. Memang hafal script betul. Itu belum part dia mengulang-ulang pesanan customer for confirmation dan tersalah bagi pesanan (walaupun dah dok ulang-ulang 2-3 kali). Aiyok. Nasib baik kat situ ada free WiFi. Boleh layan Fesbuk sekejap kat henfon. Jadi la.

Then, to make things worst, 3 orang di hadapan saya ni pun boleh tahan juga kebengapannya. Oh, do mind my language. Saya tengah marah. Semuanya banyak songeh. Macam tak pernah makan di KFC. Ke memang tak pernah? Baru pertama kali kut.

Mula-mula dengan kakak yang berada di hadapan sekali. Dia order set apa entah tapi nak tukar air. Nak Mountain Dew (ohh…dah lama tak minum air ni). Biasanya kalau beli set dan dapat air karbonat dalam botol tu, cashier akan bagi cups je. Takde ais. Kakak tu nak ais. Cashier baru tu bagi la ais dalam 1 cup besar. Kakak tu minta tukar cups dia yang medium tu ke cups besar. Cashier baru tu nak tukarkan tapi tiba-tiba ada crew lain kata tak boleh tukar. So, kakak tu minta ais yang tadi tu diletakkan dalam each cups medium tu. Cashier baru tu letak la ais dalam each cup. Then kakak tu tiba-tiba kata bukan semua cup nak letak ais.

“Yang ni letak ais, yang tu tak letak ais, yang tu tak letak juga, yang hujung tu letak.”

WARRGGGGHHHHHH!!!!

Kau tak reti nak buat sendiri ke??? Tangan kau kudung ke sampai kena cashier tu yang buatkan? Adoi. Dah lepas cashier tu buat semua tu, kakak tu pun blah.

Sekarang the next customer pula. 2 orang lelaki yang saya kurang pasti etniknya. Sabahan or Sarawakian kut. Nampak sangat grunge. Bersubang-subang bagai. Mereka tanya si cashier baru tentang menu. Saya agak mereka mungkin pertama kali makan KFC sebab macam tak tahu nak order apa. Yang si cashier tu pun layan la. Beritahu la setiap satu set yang ada kat dalam menu tu ada apa, dapat apa. Dah beritahu semua, 2 mamat konon-grunge-tapi-pertama-kali-makan-KFC tu pun decide la nak makan apa. Sorang tu tunjuk la kat gambar Colonel Burger. Nak ditekankan di sini. Tunjuk pada gambar Colonel Burger. Cashier baru tu pun ambil la Colonel Burger. Bila cashier tu bawa je burger tu ke kaunter, muka mamat tu jadi lain.

“Eeiii…keciknya burger ni. Saya bukan nak yang ni. Saya nak yang ni.”

Cuba teka dia tunjuk ke burger yang mana? Siapa teka Zinger Burger angkat tangan! *tengah angkat tangan*. Ohohohoh. Dia tukar (yang sebenarnya tipu) pilihan pulak. Cashier tu pun tukar la ke Zinger Burger dan terus key-in kat cash register. Tiba-tiba…

“Eh, air mana? Kat dalam gambar ni ada dapat air.”

Ohhhhh…Dia nak yang set pulok doh! Tadi kenapa kau tak cakap yang kau nak set??!! Ngok! Lepas tu satu kerja pulak cashier tu kena suruh crew lain tolong void kan transaction tu. Ambil masa lagi. Time ni En. Suami datang dekat saya dan tanya kenapa lambat sangat. Saya macam tak bergerak-gerak pun. Jakun dengan kaunter sebelah yang laju je. Rasa macam nak lompat ke barisan sebelah je. Tapi barisan sebelah pun panjang. Tapi cepat. Time ni kat belakang saya dah ada beberapa orang juga. Nak je saya cakap kat diorang suruh pergi ke kaunter sebelah sebab kaunter yang kamu tengah beratur ni lembab tahap abadi dan orang-orang di hadapan yang nak buat pesanan pun sedikit tak reti (kecuali saya).

Settle 2 orang mamat konon-grunge-tapi-pertama-kali-makan-KFC. Next customer pulak.

Kakak depan saya ni tengah dukung anak. Cute. Anak dia, bukan dia. Dia order apa entah sebab saya tak berapa pay attention sangat. Saya layan Fesbuk. Tapi kakak ni sampai kaunter baru nak fikir nak makan apa. Dah order, makanan dah sampai, lepas tu nak tambah benda lain pulak. Lepas tu nak tukar pulak. Lepas tu anak dia yang lain tiba-tiba nak tambah lagi benda lain pulak. Aaaaaaaa…tekanan perasaan.

Then, it’s my turn. Tapi masa saya dok berjanggut-janggut tunggu turn tu, saya dah fikir siap-siap script yang senang cashier tu nak ingat. Sampai je depan tu, saya terus order.

“Ok. Dengar baik-baik. Saya nak take away. Set Zinger Burger satu, Colonel Burger – burger sahaja satu dan set dinner plate original satu. Ayam apa-apa sahaja kecuali wing.”

Terang dan mudah nak ingat kan pesanan saya ni? Tapi….tengah si cashier tu pilih-pilih ayam, dia paling kat saya dan tanya…

“Cik tadi nak take away ke makan sini?”

“TAKE AWAY!”

Lepas tu ada lagi.

“Paha boleh?”

“APA-APA SELAIN WING!”

AAAAAAAAAAAAA!!! Kalau lepas tu dia tanya dada boleh ke, apa ke, mau time tu juga saya lompat kaunter tu dan pack sendiri ayam-ayam goreng tu. Waktu ni manager dia dah perasan suara saya dah sedikit meninggi. Dia pun cepat-cepat tolong bungkuskan order saya. Saya bayar, ambil change and terus blah.

IT TAKES ME 45 MINUTES TO BUY A FAST FOOD! Saya start beratur pukul 7. Habis pukul 7.45. Macam pergi restoran biasa. Order tom yam campur, kailan ikan masin, telur bungkus, and siakap steamed pun tak lama macam ni. Ini bukan fast food namanya. Haishh…

Macam saya kata awal-awal tadi, I don’t blame the cashier 100%. She’s new. Sepatutnya di waktu-waktu puncak begitu (time gaji dan weekend) ada orang lain yang boleh assist dia. Tak la semua dia kena buat sorang-sorang. Dah la dia baru. Terkial-kial dia. Kesian pun ada juga. Nasib order kami semua betul. Kalau tak, nak je start kereta and pergi Tesco lepas tu bambu cashier tu. Eh…tak la. Saya Kami tak kejam macam tu.

Pesanan untuk kamu semua, lain kali kalau nak order makanan kat fast food, sila la fikir siap-siap nak makan apa. Jangan dah sampai kat depan cashier tu baru nak gedik-gedik fikir nak makan apa. Sama juga bila nak withdraw duit. Jangan dah tercongok kat depan ATM baru nak keluarkan kad, nak tanya member nak keluar berapa ringgit. Haishh. Penat orang belakang nak tunggu kerenah kamu tau. Please be considerate.

Dah penat membebel. Jenuh la kamu semua nak baca. Padan muka. Hahaha. Ciao.

Nota kaki: Cerita ini ada banyak sikit tokok tambah bagi nak sedapkan cerita. Kamu semua kan suka kalau cerita ni lebih sensasi. Dan saya pun tak tau kenapa saya En. Suami sanggup nak tunggu lama-lama kat KFC tu. Mungkin dia teringin nak makan KFC sangat semalam kut.

5 responses »

  1. sangat stuju ngn akak!! umi dah banyak kali beratur blakang orang-yg-macam-tak-pernah-mkn-kfc. bila sampai depan kaunter tercangak2 nk mkn apa. mmg sgt geram!! stail akak order sama mcm ummi sbb dari dlm keta dah pk nak mkn apa.huhu…

    lg 1 kalo nak cepat kita orang beratur 2 kaunter.tgk sapa sampai dulu🙂

  2. sangat setuju dengan orang2 yang macam nak makan fast food tapi dah kat cashier baru tercongok2 nak ape…punyelah lama beratur tapi masih tak tau nak makan ape…sila lah blah sebab anda menyusahkan orang2 yang lapar nak makan…cashier yang sangat lembab pun memang ada, dah bagi clear instruction, tapi masih salah *ketuk kepala*…

  3. Syarida…luv to read ur reality story nih… yg baik amek wat teladan… and those yg x sepatutnya… pls dun do it to others…

  4. ummi: kita bukan nak pergi makan kat restoran biasa yang pesen dah sampai baru tengok menu and baru decide nak order apa. ni fast food. sambil-sambil beratur tu pun dah boleh pikir nak makan apa. Kan?

    buzzybug: mungkin kut dia gabra…hehehe

    kak marina: biasanya yang slow ni cashier baru. cashier lama dah cekap dah. tapi perasan tak yang servis slow ni selalunya KFC. McD jarang-jarang servis slow.

    Miss Rozi: wahh…dah lama tak dengar berita. suddenly je drop by a comment kat sini. hehehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s