Daily Archives: 4 Jun, 2010

Jalan-jalan Genting: Part Uno

Piawai

Saya dah pulang dari bercuti-cuti. Ala…pergi Genting je. Tak jauh mana pun. Ok la. Takmo cerita panjang. Tengok gambar sudah…

Ni singgah MV jap. Berdating-dating dengan BFFs. Time ni tengah tunggu Ticer Jaja.

Lunch kat Nando’s. Ye…seperti biasa misi adalah mencari makanan yang takde kat Ipoh kan…Muka semua tengah kebuluq. Hahaha.

1/4 Chicken. Flavour: Lemon & Herb. Sidelines: Coleslaw dan Potato Salad. Air saya try Sparkling Apple. Tapi saya rasa ayam Kenny Roger’s besar lagi. Side dish pun ada 3. Ni 2 je.

Hannah suka coleslaw dia. “Dap…dap”, kata Hannah.

Ticer Jaja tengah kempen MLM dekat Wahed.

Krispy Kreme. Bekal untuk dinner bila dah sampai atas nanti. Mostly kami ambil perisa coklat. Tapi saya rasa macam Big Apple best lagi. Choice pun lagi banyak.

First World Hotel. Errr…I mean First World’s parking lot.

Ni pun dinner juga. Dah la first time nak makan. Bila tanya kat Bangla yang kat kaunter tu apa sedap, dia buat dono je. Wuuu…last-last kami belasah je order. Saya order Chicken Teppanyaki Teriyaki. En. Suami order Chicken & Turkey Ham.

Ok la. Nanti sambung Part Dos la pulak ye.

Advertisements