The fever is ON!

Standard

Ini tak ada kena-mengena dengan bola sepak Piala Dunia ya. Ini memang demam betul-betul. Satu rumah demam.

Bermula dengan Hannah pada hari Sabtu lepas hingga ke hari Isnin. Bersambung pula dengan saya pada hari Selasa hingga Rabu. Dan semalam, En. Suami pula kena.

Bergilir-gilir. Macam contagious pulak. Tambah dengan batuk-batuk yang tak hilang-hilang sejak sebelum pergi ke Gentingnya lagi. Aduh. Tekak rasa perit je.

*********

Ok. Ini baru cerita pasal demam bola sepak Piala Dunia.

Malam ni sepak mula. Afrika Selatan lawan Mexico. Saya bukanlah peminat tegar bola sepak sebab saya main pun tak reti. En. Suami pun sama. So, kami tak ambil pusing tentang Piala Dunia ni. Oleh itu, jangan la tanya saya sokong negara mana. Pasukan saya sentiasa berubah-ubah setiap 4 tahun.

Tahun 1994, saya sokong Itali (tapi kalah dengan Brazil). Tahun 1998, saya sokong Perancis (menang dengan Brazil). Tahun 2002, saya sokong Jerman (tapi kalah dengan Brazil). Tahun 2006, sokong Portugal (tapi dapat 4th place je). Ingat tahun ni nak sokong Malaysia. Tak layak pulak nak masuk.

Hmmm…sampai bila la kita nak sokong negara orang?

Anyway, selamat demam bola. Tapi tanggungjawab hakiki jangan lupa ye. *wink-wink*.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s