Kebaya pendek berwarna merah

Standard

Last Saturday ada keduri kawen one of my BFF masa sekolah dulu. Dia buat dekat Dewan Silveritage di Medan Gopeng. Kenduri dia malam. Tapi saya dengan konfidennya ingat siang . Siap bergaduh-gaduh dengan En. Suami lagi kata siang. Pergi-pergi, kenduri orang lain. Nasib tak duduk makan lagi. Terpaksa la En. Suami malu-malu alah ambil semula hadiah. Isk! So, malam tu saya gigih la pergi sorang-sorang.

Err…actually saya bukan nak cerita pasal kenduri tu sebenarnya. Saya nak cerita pasal benda lain. Pasal baju.

Masa saya nak bersiap-siap pergi kenduri tu (malam), saya tak tahu nak pakai baju apa. Lalu saya terpandangkan baju kebaya pendek berwarna merah yang dah sekian kurun saya tak pakai. Saya ingat first time pakai masa dinner kolej dulu. Beli pun sebab nak tema merah hitam.

Saya pun ambil baju tu dan gosok. Bila pakai je, saya rasa something wrong somewhere. Bukan sebab dah tak muat (figure saya lari sikit je daripada sebelum beranak dulu), tapi sebab saya rasa dah tak sesuai saya pakai kebaya pendek. I’m not a single girl trying to find a guy to hook up with. Hahaha. Saya sudah jadi mak orang. So, for me it’s not suitable to wear that kind (baju pendek-pendek) of clothes anymore. Saya pun ambil baju kurung yang lain dan gosok (dah 2 kali kerja kan).

Ya, dulu-dulu masa zaman muda-remaja-single-mingle, saya pakai all those skimpy clothes (tapi tak le skimpy sangat sampai nak ternampak segala celah-celah kan). But bila dah jadi isteri dan ibu ni, dah tak berapa nak sesuai la kut. Fikiran pun dah makin matang (ye ke?). Pemakaian pun kena nampak matang juga. Tapi tak la sampai orang konpius saya dengan mak saya pulak ye. Saya masih nak berfesyen-fesyen. Cumanya masih bermoral lagi la (saya pun tak tau fesyen tak bermoral tu macam mana…wahahaha!). Maksudnya tutup apa yang perlu ditutup la. Ala-ala muslimah gitu. Wahaha.

Saya tidak berubah dengan drastik. Sedikit-sedikit. At least ada perubahan daripada tak ada langsung kan. Ok la. Ciao.

3 responses »

  1. drsinga: dah tonton. nice movie. dalam panggung masa tu hanya ada 7 orang saja.

  2. salam.
    kak, baju tu chanteq la..
    still in good condition x?if so, kite nakk la.leh x jual as pre loved item.chanteqq la kak..siyess.. red color iz me!hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s