Achoom!

Standard

Aa…aa…achoom! Aa…aa…achoom! Excuse me…

Wahhh…dah berhabuk banget blog nih…nampak sangat dah lama tak update. Maaf la ye semua. Saya agak sibuk sikit lately.

Ok. Mula-mula nak cerita pasal Hannah.

1. Hannah dah 20 months old this month. Lagi 4 bulan dah nak 2 tahun. Kejap je kan masa berlalu.

2. Dia dah banyak bercakap. Vocab pun dah makin banyak dia pandai sebut even though kadang-kadang tak berapa faham dia sebut apa (En. Suami yang selalu tak berapa faham dia sebut apa). Pun dah pandai buat ayat guna dua perkataan. E.g.: main masak, susu coklat, nak minum, pakai shoe. Ok la kan. Tapi dia tak la sebut dengan sebutan yang betul. Susu kadang-kadang jadi cucu or syusyu. Coklat jadi celat. Masak jadi acak. Shoe jadi chus.

3. Then dia dah pandai tanggal seluar sendiri. Baju tak pandai lagi macam mana nak tanggalkan. Dah cuba-cuba nak pakai baju and seluar sendiri juga. Kasut dah pandai pakai sendiri. Cuma kadang-kadang terbalik – yang kanan pakai kat kaki kiri, yang kiri pakai kat kaki kanan. Tapi bila bagitau terbalik, dia tau nak betulkan.

4. Dah tau kalau dah lepas makan or rasa tangan kotor, basuh tangan. Dia akan ambil stool dia and bawak dekat sink dan terus hulur tangan kat paip air sambil sebut tangan.

5. Dah pandai nak bancuh susu sendiri. Bukan la literally dia dah pandai bancuh betul-betul. Dia akan pegang botol susu dan saya yang akan scoop susu masuk ke dalam botol. Sambil tu kami kira sama-sama berapa scoop yang kena bancuh. Nombor 1, 2 dan 3 dia skip. Dia terus ke nombor 4, 5, 6 dan 7. Hahaha.

6. Bila saya basuh pinggan, dia pun sibuk nak basuh pinggan juga. Menempek kat tepi sink dapur tu sambil hulur tangan nak pinggan yang dah berbasuh. Selalunya saya bagi botol susu dia dengan bekas-bekas plastik je. Then dia susun la kat atas kitchen cabinet tu ikut suka hati dia.

7. Bila saya buat laundry pun sama. Dia pun sibuk-sibuk nak tengok kat dalam washing machine tu ada apa. Kalau saya nak sidai/jemur baju, dia pun sibuk-sibuk nak tolong sidaikan sekali sebab dia dah ambil hanger siap-siap.

8. Bulan puasa ni Hannah kadang-kadang ikut bangun sahur sekali (sebab bila dia golek ke kiri or ke kanan dia rasa dah takde orang). Tapi biasanya setakat bangun minum susu and lepas tu tidur balik. Bila time nak berbuka dia pun sibuk-sibuk juga nak memasak. Nasib dah ada toys masak-masak tu. Hihihi.

Dah tau nak tulis apa pasal Hannah dah. Cerita pasal saya la pulak.

1. Masih sibuk/busy dengan entah hapa-hapa entah.

2. …

Pun tak tau nak cerita apa. Hahaha. En. Suami pulak la.

1. Dia baru beli toy baru. Namanya PS3. Dah sebulan lebih dah. Nasib dia beli sekali dengan monitor. Takde la kacau tv.

2. Dah khatam 2 games – God of War 3 and Uncharted – Drake’s Fortune. Sekarang tengah layan Dirt 2 dengan Grid. Sesiapa ada suggestion games apa yang best, sila-silakan la. Saya nak join main sekali tapi tak reti.

3. Bulan puasa ni dia ride every Sabtu malam Ahad lepas tarawih. Ride dari Meru-Manjoi-Padang Polo-Dataran MBI-Manjoi-Meru.

4. …

Pun tak tau juga nak cerita apa.

Anyway, kami sekeluarga tengah anxious sekarang ni (especially me and En. Suami). Tengah menunggu sesuatu. Eh, bukan baby baru. Itu belum lagi. Ni lain. Nanti kalau dah ada, saya bagitau. Ok. Ciao.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s