Monthly Archives: September 2010

Raya, raya, raya…

Piawai

Ok. Aidilfitri dah berlalu. Err…memang la Syawal itu sebulan tapi yang meriahnya seminggu je la selalunya kan.

Tahun ni sambutan Aidilfitri biasa-biasa sahaja. Tak ada la pulak nak tukar segala benda serba baru. Lagipun saya kan beraya di kampung (ceh, rumah mak pun takat 5 minit je drive). So, tak ada maknanya nak mengemas sangat rumah tu. Tak ada sesiapa nak datang beraya pun. Huhuhu.

Anyway, nah tengok la gambar-gambar yang tak seberapa ni. Hasil guna DSLR pinjam. Terima kasih kolej. Hihihi. Tapi macam penuh dengan gambor Hannah je la kan.

Tengahari Ahad yang mencemaskan

Piawai

Tajuk macam cemas sangat je kan. Tapi memang cemas pun. Sikit.

Apa yang mencemaskan sangat tu ialah semalam ada Cik U masuk rumah! Ha…memang cemas la kan. Tengah saya syok-syok basuh baju sambil melayan Hannah yang sibuk-sibuk nak jenguk-jenguk washing machine di bilik laundry (yang juga bilik simpanan basikal-basikal En. Suami), tiba-tiba saya terdengar bunyi sesuatu melanggar tong sampah di tepi pintu dapur. Saya toleh la nak tengok kut-kut cicak ke, Cik Ti ke. Tapi yang saya nampak ialah ekor Cik U yang berwarna merah bata yang masuk. Saya terus grab Hannah dan berlari masuk bilik sambil melompat di atas katil dan jerit kat En. Suami yang sedang beradu, bagitau ada Cik U masuk rumah. Dia terpinga-pinga la sekejap. Saya ulang lagi bagitau ada Cik U masuk rumah. Baru dia pun jadi cemas. Saya dah menggigil. Hannah dah nangis (sebab terkejut bila saya grabbed dia dan menjerit).

En. Suami suruh saya bertenang. Dia suruh saya hantar Hannah pergi rumah babysitter. Balik tu saya tutup semua pintu bilik. En. Suami suluh-suluh dengan torchlight bawah rak simpanan barang-barang basikal dia tu. Nak tau Cik U tu kat mana. Kalau boleh tak nak bagi Cik U tu keluar dari bilik tu. Tapi suluh dari jauh je la kan. Saya called bomba (tak kan nak call polis pulak ye tak?). Ye la, tak kan nak pandai-pandai tangkap sendiri guna kayu mop pulak kan. Silap gaya mau kena ‘cium’ dengan Cik U. Bila called bomba, depa suruh called JPA 3. Called la JPA 3 pulak. So, depa minta nama, alamat dengan no telefon.

Sambil tunggu JPA 3 datang, saya dengan En. Suami dok suluh-suluh lagi area bilik laundry tu (masih lagi dari jarak yang jauh ye). Saya sambil-sambil tu sempat update status di Fesbuk (tu pun nak cerita ka? Haiya…). Sekejap-sekejap nampak Cik U bawah rak tu. Sekejap-sekejap dia dah hilang. Lepas tu ada balik. Lepas tu hilang balik. Ishh…main nyorok-nyorok pulak Cik U ni.

Dalam 20 minit lepas saya called JPA 3 tu, depa pun sampai. Cepat juga. En. Suami bajet dalam pukul 1++ baru sampai. Depa datang berempat. Siap dengan kelengkapan nak menangkap Cik U la. 2 orang bawak alat panjang yang ada penyepit di hujungnya (macam boleh guna nak kait/petik buah rambutan je). Sorang bawak alat panjang yang ada gelung di hujungnya. Dan sorang lagi bawak bekas ala-ala macam guni.

Ni JPA 3 baru sampai. Tengah cek Cik U kat mana.

Cik U nyorok bawah washing machine. Ops nak tangkap/tarik Cik U keluar.

Cik U lari bawah sinki dapur, nyorok belakang rak bawah sinki.

Cik U dah berjaya ditangkap. Err…En. JPA 3 ni menghalang pulak.

Alhamdulillah, Cik U berjaya diberkas. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Encik-encik daripada JPA 3 yang bersusah payah datang semata-mata nak tangkap Cik U. Lega hati saya dan En. Suami. En. Suami lepas tu terus cari kedai hardware beli belerang dan kayu nak tutup ruang di bawah pintu dapur tu. Saya pulak lepas tu saya fobia sekejap nak masuk bilik laundry. Sekejap-sekejap tengok bawah rak. Sekejap-sekejap tengok kat bawah washing machine. Kat area sinki pun saya fobia juga. Haishh…terus jadi¬†goosebumps. Takooot weh. Nasib sedar Cik U masuk. Kalau tak sedar…lagi teruk.

Ok la. Begitulah cerita tengahari Ahad yang mencemaskan. Terima kasih.

Nota kaki: Sila abaikan dapur yang bersepah itu.

Busy part berapa entah

Piawai

Ok. Saya pun tak tahu apa yang busy sangat saya ni sampaikan entri untuk bulan Ogos hanya ada 2 saja. 2 SAJA! Entri untuk events yang berlaku di bulan Ogos pun saya tak ada. Haishh…macam terabai je pulak saya rasa blog ni.

Blog…saya tak mengabaikan kamu tau. Saya cuma sibuk dan buat-buat sibuk je. Jangan merajuk ye.

Ok la. Di sini saya just nak bagitau yang kami ada bibik baru. Tapi dia buat kerja sehari je. Lepas tu dah tak nak kerja dah. Dia nak main je. Hehehe…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.