Tengahari Ahad yang mencemaskan

Standard

Tajuk macam cemas sangat je kan. Tapi memang cemas pun. Sikit.

Apa yang mencemaskan sangat tu ialah semalam ada Cik U masuk rumah! Ha…memang cemas la kan. Tengah saya syok-syok basuh baju sambil melayan Hannah yang sibuk-sibuk nak jenguk-jenguk washing machine di bilik laundry (yang juga bilik simpanan basikal-basikal En. Suami), tiba-tiba saya terdengar bunyi sesuatu melanggar tong sampah di tepi pintu dapur. Saya toleh la nak tengok kut-kut cicak ke, Cik Ti ke. Tapi yang saya nampak ialah ekor Cik U yang berwarna merah bata yang masuk. Saya terus grab Hannah dan berlari masuk bilik sambil melompat di atas katil dan jerit kat En. Suami yang sedang beradu, bagitau ada Cik U masuk rumah. Dia terpinga-pinga la sekejap. Saya ulang lagi bagitau ada Cik U masuk rumah. Baru dia pun jadi cemas. Saya dah menggigil. Hannah dah nangis (sebab terkejut bila saya grabbed dia dan menjerit).

En. Suami suruh saya bertenang. Dia suruh saya hantar Hannah pergi rumah babysitter. Balik tu saya tutup semua pintu bilik. En. Suami suluh-suluh dengan torchlight bawah rak simpanan barang-barang basikal dia tu. Nak tau Cik U tu kat mana. Kalau boleh tak nak bagi Cik U tu keluar dari bilik tu. Tapi suluh dari jauh je la kan. Saya called bomba (tak kan nak call polis pulak ye tak?). Ye la, tak kan nak pandai-pandai tangkap sendiri guna kayu mop pulak kan. Silap gaya mau kena ‘cium’ dengan Cik U. Bila called bomba, depa suruh called JPA 3. Called la JPA 3 pulak. So, depa minta nama, alamat dengan no telefon.

Sambil tunggu JPA 3 datang, saya dengan En. Suami dok suluh-suluh lagi area bilik laundry tu (masih lagi dari jarak yang jauh ye). Saya sambil-sambil tu sempat update status di Fesbuk (tu pun nak cerita ka? Haiya…). Sekejap-sekejap nampak Cik U bawah rak tu. Sekejap-sekejap dia dah hilang. Lepas tu ada balik. Lepas tu hilang balik. Ishh…main nyorok-nyorok pulak Cik U ni.

Dalam 20 minit lepas saya called JPA 3 tu, depa pun sampai. Cepat juga. En. Suami bajet dalam pukul 1++ baru sampai. Depa datang berempat. Siap dengan kelengkapan nak menangkap Cik U la. 2 orang bawak alat panjang yang ada penyepit di hujungnya (macam boleh guna nak kait/petik buah rambutan je). Sorang bawak alat panjang yang ada gelung di hujungnya. Dan sorang lagi bawak bekas ala-ala macam guni.

Ni JPA 3 baru sampai. Tengah cek Cik U kat mana.

Cik U nyorok bawah washing machine. Ops nak tangkap/tarik Cik U keluar.

Cik U lari bawah sinki dapur, nyorok belakang rak bawah sinki.

Cik U dah berjaya ditangkap. Err…En. JPA 3 ni menghalang pulak.

Alhamdulillah, Cik U berjaya diberkas. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Encik-encik daripada JPA 3 yang bersusah payah datang semata-mata nak tangkap Cik U. Lega hati saya dan En. Suami. En. Suami lepas tu terus cari kedai hardware beli belerang dan kayu nak tutup ruang di bawah pintu dapur tu. Saya pulak lepas tu saya fobia sekejap nak masuk bilik laundry. Sekejap-sekejap tengok bawah rak. Sekejap-sekejap tengok kat bawah washing machine. Kat area sinki pun saya fobia juga. Haishh…terus jadi goosebumps. Takooot weh. Nasib sedar Cik U masuk. Kalau tak sedar…lagi teruk.

Ok la. Begitulah cerita tengahari Ahad yang mencemaskan. Terima kasih.

Nota kaki: Sila abaikan dapur yang bersepah itu.

4 responses »

  1. Aku memang akan lekat penutup getah bawah pintu tu untuk halang Mr Cockroach merewang merata rumah aku. Aku beli kat jusco je.. Lekat dari dalam. Dia dah siap attach double sided tape. Potong ikut lebar pintu dah lekat. Senang!

  2. Ms J: Mr Cockroach aku tak kisah sangat…tu bukan takat masuk ikut bawah pintu, ikut tingkap, ikut lubang lantai toilet pun dia masuk juga…

  3. besar ke ular yer balqis?
    gerun lak kalu msk binatang ni
    dapur bersepah tanda2 rajin masak la ni🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s