Monthly Archives: Oktober 2010

Ahad yang panjang…

Piawai

Saya kena kerja di hari Ahad. Bukan dipaksa dan bukan terpaksa. Saya yang sukarela (susahkan nak cari pekerja macam saya yang sukarela nak kerja di hari minggu..tihtihtih..).

Tapi…bukan kerja sukarela yang “kosong” je la kan…(sangat macam tak ikhlas je kan…nak kena bagi habuan baru nak buat kerja).

Kerjanya senang je. Ajar pengenalan MS PowerPoint 2007 kat orang gomen. Hahaha. Saya rasa diorang pun dah tau cara nak guna MS PowerPoint tu.

Saya sukarela pun sebab macam tak ada orang lain yang sukarela nak buat. Tu pun Kak Kurai dah ambik nak ajar Excel pada hari Sabtu. So, saya pun letak la nama juga untuk hari Ahad. Nasib esok cuti. Datang pagi je sebab ada kelas.

So, bekerja la saya pada hari ini dikala orang lain dok bergolek terlentang kat rumah. Isk…

…blank

Piawai

Dah lama tak update blog.
Dah lama tak terjah jelajah blog orang.
Dah macam tak tau nak repek tulis apa dah kat sini.
Macam mana ya ada blogger mampu buat entri sampai 2 sehari?
Ni nak buat 1 entri pun asyik tangguh-tangguh.
Banyak sangat halangan.
Banyak sangat dugaan.
Ok la.
Ini pun kira macam update dan tulis something juga kan?
Ciao!