Goodbye 2011. Welcome 2012.

Standard

Salam…

First of all, sorry for the looooooooooong hiatus. Seperti biasa, the lamest excuse – saya sangat busy. Actually, sepanjang tempoh mengandung, saya sangat malas sebenarnya mahu menulis. Seriously, malas tahap abadi. Even nak kerja pun malas sangat (but still kena pegi kerja la kan. Kalo tak, mana nak dapat moolah tetiap bulan untuk berjimba-jimba). Anyway, I’m back. Hopefully will keep on membebel here.

So, today is the last day of 2011. Amacam dengan azam tahun 2011? Ada yang tercapai tak? For me, ada yang tercapai dan of course ada yang tak la kan. Yang tak tercapai tu, kita carry forward la ke tahun 2012 (seperti tahun-tahun sebelumnya). Hopefully akan tercapai la ye.

Tahun 2011 banyak meninggalkan kenangan manis, pahit, masin, payau, dan segala macam perisa pada saya. Tapi kenangan yang paling best sekali adalah kelahiran anak kedua saya, Iffat. And itu juga merupakan azam saya pada tahun 2011; nak second kid. Kenangan pahit…ish…dah macam buat biodata macam zaman kanak-kanak ribena dulu je. Ada kenangan manis, kenangan pahit. Takpe la. Yang pahit tu saya simpan je la kejap-kejap kat dalam kotak ingatan saya yang dah tak berapa nak ingat ni.

Hopefully 2012 will bring more happiness and goodness in my and your life. Semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan. Yang masih single, harap-harap dapat ketemu pasangan yang benar-benar sekufu. Yang nak bertunang, jangan lama-lama. Nikah je terus. Senang. Yang bakal bernikah, selamat bernikah. You’ll never know what awaits you there until you are there. *wink-wink*. Yang bakal menimang cahaya mata, sayangilah dan didiklah amanat Allah itu dengan baik (ecehceh…pesanan untuk diri sendiri juga). Yang dah habis belajar dan bakal bekerja, korang akan tahu betapa susahnya nak cari duit untuk berjimba-jimba. Hahaha. Yang nak sambung belajar, good luck. Don’t give up. Ish…panjang sangat la pulak pesanan penaja.

Anyway, goodbye 2011. Terima kasih diatas segala kenangan dan pengalaman yang diberi. Such a wonderful year for me. For 2012, welcome. Semoga memberikan kenangan dan pengalaman yang lebih baik lagi. And hopefully saya akan lebih kerap menulis lagi di sini (kesian blog ni, dah hampir-hampir dilupakan). Akhir kata, jumpa lagi tahun depan!

Cheers to all!

Nota kaki: Image curik dari picswalls.com.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s