Monthly Archives: Januari 2012

Sweet Sunday

Piawai

Advertisements

4th month.

Piawai

Iffat sudah 4 bulan (hari Sabtu lepas). Sangat sudah membesar bagai johan ye si debob tu. Rasanya berat dia maybe dah 7 kg lebih kut. Seriously, saya dah tak larat nak dukung dia lama-lama. Last week, dia dah pandai meniarap sendiri. Then since that day, kerjanya asal baring je, nak meniarap. Bila dah lama sikit, mula mintak tolong telentangkan balik. Bila telentangkan balik, dia meniarap balik. Aiyok, penat la mama nak tolong telentangkan balik nak oi. Lepas tu dah nak angkat vontot macam dah nak menyulur. Weh, telentang pun tak reti lagi sudah mau menyulur ka? Advance.

Selain tu, dia dah tau dia ada tangan sebab asyik nak makan tangan, jari semua. Kalo boleh dua-dua belah tangan nak masuk sekaligus dalam mulut kecik comel tu. Macam muat je kan. Kekadang kalo kita dok pegang tangan dia, dengan tangan-tangan kita sekali dia nak makan. Hoish. Then, dah tau nama dia Iffat sebab bila panggil nama dia, dia dah mula toleh-toleh tengok sapa yang panggil. Kalo dia tengah golek-golek atas toto, saya or En. Suami lalu, dia mesti buat bunyi sambil depang-depangkan tangan. Konon-konon panggil suruh dukung dia la tu. Iffat jarang menangis. But once dia dah menangis (kalo dah lapor sangat or takde orang layan dia), dia akan nangis sampai dah nak tahap tersedu-sedan. Siap dengan mimik-mimik muka lagi. Giler kesian la kan nengoknya.

Dia pun dah pandai nak senyum or gelak-gelak bila kena agah. Seronok bila ada orang nak layan dia. Kadang-kadang tu sampai terjerit-jerit suka. Hannah pun suka je nak main-main and layan dia. Siap boleh main cak-cak lagi kalo si kecik tu macam nak nangis. Gomol jangan cakap la. Sokmo je nak gomol adik dia tu. Mentang-mentang adik tu tak reti nak melawan lagi.

But there’s one thing yang a bit concerning me; Iffat tak habis-habis muak susu lagi. Hampir tiap kali lepas menyusu la kiranya. Tak kira la whether dia dah burp ke, belum ke, in the middle of menyusu ke, habis-habis menyusu ke, sejam lepas menyusu ke, kompem akan muak semula.  Muak bukan yang sikit-sikit, tapi a lot. Macam air terjun. Baju dia memang kompem akan lenjun. Kadang-kadang baju saya sekali. Tu tak termasuk kalo dia muak masa tengah baring. Cadar, bantal, habis semua. Penat kut nak basuh hari-hari. Tapi lagi penat tengok dia muak. Bila dah muak, mesti la lapor balik kan. Kesian si debob saya tu. Nasib berat still naik. Kalo berat turun, lagi saya risau kut.

Anyway, siapa perasan muka Iffat ada iras muka Hannah dulu?

Wear Red + Buy 1 = Free 1

Piawai

It’s back!

Kenny Rogers Roasters Eating Day or RED.

All you need is:

1. Wear any RED clothing or shoe or accessories
2. Buy 1 Kenny’s Quarter Meal
3. And get free another Kenny’s Quarter Meal!

Isn’t that simple? Only on 11th January 2012 (which is tomorrow).

So, go grab a friend (or three or five) and march to the nearest Kenny Rogers outlet. And don’t forget to wear RED!

New year. New me?

Piawai

…Nope!

Masih sama je kut.

Actually entri ni patut tulis semalam sebab semalam first day kerja di tahun 2012. Tapi sebab semalam sibuk bebenor dengan pendaftaran pelajar baharu (that I thought suppose to be today) dan malam dah penat bagai melayan kerenah anak-anak dan suami The Big Bang Theory season 2. Jadinya, hari ni la baru boleh nak menulis.

So, dah 2012. Kejap je kan. Nanti tup-tap-tup-tap dah bulan Disember. Dah nak 2013 pulak. Hoh baru masuk 2012, dah nak pikir 2013 pulak. Anyway, saya dah start kerja semalam setelah cuti-cuti-duduk-lepak-di-rumah since last year. Here comes the last year joke. Saya cuti 2 minggu dari 19 Disember sampai 2 Januari. Betul la dari tahun lepas kan? Huhuhu. Sangat malas okey nak kerja. Next week pulak dah nak start mengajor. Lagi double malas!

Hari ni setengah hari dok mengemas workstation. Rupa-rupanya selama 2 1/2 tahun ni, banyak sampah sarap saya dah kumpul. Syabas betti! Satu beg plastik hitam tu jugak la sampah sarap saya buang. Mostly papers. Sangat tak earth friendly ye saya ni. Kalo recycle kan bagus. Tapi ada juga papers yang baru guna one sided saya simpan balik. Bakal jadi sampah for the next 2 years la tu. So, bila workstation dah kemas dan tak serabut lagi, saya pun suka! Yeay! Baru semangat nak bekerja kan, kan, kan? I bet the next 2 days akan bersepah balik.

Harap dapat bertahan sampai ke hujung semester. Harapnyalah. InsyaAllah.

Okey la. Dah uBuntu nak tulis apa. Ni la akibatnya dah lama tak menulis. Esok la sambung.

K bai.