4th month.

Standard

Iffat sudah 4 bulan (hari Sabtu lepas). Sangat sudah membesar bagai johan ye si debob tu. Rasanya berat dia maybe dah 7 kg lebih kut. Seriously, saya dah tak larat nak dukung dia lama-lama. Last week, dia dah pandai meniarap sendiri. Then since that day, kerjanya asal baring je, nak meniarap. Bila dah lama sikit, mula mintak tolong telentangkan balik. Bila telentangkan balik, dia meniarap balik. Aiyok, penat la mama nak tolong telentangkan balik nak oi. Lepas tu dah nak angkat vontot macam dah nak menyulur. Weh, telentang pun tak reti lagi sudah mau menyulur ka? Advance.

Selain tu, dia dah tau dia ada tangan sebab asyik nak makan tangan, jari semua. Kalo boleh dua-dua belah tangan nak masuk sekaligus dalam mulut kecik comel tu. Macam muat je kan. Kekadang kalo kita dok pegang tangan dia, dengan tangan-tangan kita sekali dia nak makan. Hoish. Then, dah tau nama dia Iffat sebab bila panggil nama dia, dia dah mula toleh-toleh tengok sapa yang panggil. Kalo dia tengah golek-golek atas toto, saya or En. Suami lalu, dia mesti buat bunyi sambil depang-depangkan tangan. Konon-konon panggil suruh dukung dia la tu. Iffat jarang menangis. But once dia dah menangis (kalo dah lapor sangat or takde orang layan dia), dia akan nangis sampai dah nak tahap tersedu-sedan. Siap dengan mimik-mimik muka lagi. Giler kesian la kan nengoknya.

Dia pun dah pandai nak senyum or gelak-gelak bila kena agah. Seronok bila ada orang nak layan dia. Kadang-kadang tu sampai terjerit-jerit suka. Hannah pun suka je nak main-main and layan dia. Siap boleh main cak-cak lagi kalo si kecik tu macam nak nangis. Gomol jangan cakap la. Sokmo je nak gomol adik dia tu. Mentang-mentang adik tu tak reti nak melawan lagi.

But there’s one thing yang a bit concerning me; Iffat tak habis-habis muak susu lagi. Hampir tiap kali lepas menyusu la kiranya. Tak kira la whether dia dah burp ke, belum ke, in the middle of menyusu ke, habis-habis menyusu ke, sejam lepas menyusu ke, kompem akan muak semula.  Muak bukan yang sikit-sikit, tapi a lot. Macam air terjun. Baju dia memang kompem akan lenjun. Kadang-kadang baju saya sekali. Tu tak termasuk kalo dia muak masa tengah baring. Cadar, bantal, habis semua. Penat kut nak basuh hari-hari. Tapi lagi penat tengok dia muak. Bila dah muak, mesti la lapor balik kan. Kesian si debob saya tu. Nasib berat still naik. Kalo berat turun, lagi saya risau kut.

Anyway, siapa perasan muka Iffat ada iras muka Hannah dulu?

4 responses »

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s