Dah 6 bulan?

Standard

Kejap je rasanya kan. Sedar-sedar dah 6 bulan dah si debob ni minggu lepas. Mamanya ni terlambat seminggu lagi nak update on the dot tarikhnya.

So far his milestones are:

1. Dah bergolek-golek dengan girang gembira sampai tak cukup toto yang bentang kat ruang tamu.

2. Begitu juga dengan menyulur. Laju dah. Tak cukup rumah tu dia nak sukat. Kejap je dah sampai dapur. Almaklum la, rumah I kan kecik cenonet je. Memang kejap le boleh sampai dapur.

3. Semakin sihat. Alhamdulillah. Last week masa pergi 6 month old punya jab, dah 8.4 kg dah. Semput mak nak dukung lelama aih >_<.

4. Dah start makan. For a mean while saya bagi Neslac punya cereal. Dia baru nak belajar nak makan guna sudu so dia dok sedut sudu tu macam dia sedut puting botol susu. Lelama ok la tu. Macam Hannah dulu juga. Kalo ada masa saya buat la carrot puree ke, potato puree ke kat dia. Nak kena cari balik resipi-resipi untuk baby nih.

5. Dah sakan gelak. Kena agah sikit gelak sampai mengelekek (<- kalo tak paham word ni, sila abaikan). Hannah la suka agah dia.

6. Dah pandai tengok tivi. Tapi tak lama la. Kejap-kejap je.

7. Macam dah gatal gusi sebab asyik nak gigit barang je. Even saya, En. Suami dan Hannah pun jadi mangsa juga.

8. Tak suka kena dukung sangat. Dia lagi suka bergerak bebas tanpa halangan. Tapi kadang-kadang bila dah berdukung tu, dia suka je. Cuma tak lama la. Then dia mula nak turun balik.

9. Belum pandai duduk lagi. Hari tu ada pinjam Reen punya Bumbo seat. Letak dia dalam tu, dia dah mula gerak-gerak nak keluar. Dia tak suka. Nasib tak beli lagi. So kalo bagi makan, dia kena duduk atas lap saya. Ingat nak beli la high chair Ikea tu. Masuk dalam wish list baby la.

10. Dalam proses nak merangkak juga. Dah pandai buat posisi merangkak. Gerak 2-3 steps, meniarap balik. Ok la kan. For a beginner. Lama-lama steady la kaki tu.

Tu je kut setakat ni (yang saya teringat). Next month tambah lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s