Puding roti

Standard

Lately saya suka sangat masak/baked puding roti. Nak kata sedap sangat, biasa je la (mana ada tukang masak puji masakan sendiri ye dok?). Tapi En. Suami dan kawan-kawan opis kata sedap la (taste bud depa rosak kut..huhuhu).

Nak buat dia simple je. Tak banyak pakai bahan sangat pun. Saya pun main campak-campak je. Tak berapa sukat sangat. Hahaha. So, meh la saya bagi resipi cara-cara nak masak puding roti ni.

Bahan-bahan puding roti:

1. Roti – 5 ke 8 keping (bergantung korang nak buat banyak ke sikit)

2. Fresh milk – 2 cawan (nak guna susu Ideal or full cream or low fat pun boleh)

3. Gula – 2 sudu besar

4. Butter

5. Kismis

6. Telur – 3 ke 4 biji (gred A punya telur. Kalo gred B, tambah la jadi 5 biji)

7. Esen vanilla

8. Serbuk kayu manis (optional)

 

Bahan-bahan sos:

1. Fresh milk – 1 1/2 cawan

2. Gula – 2 sudu besar

3. Tepung kastard – 1 sudu besar

 

Cara-cara buat puding roti:

1. Mula-mula, sapu bekas membakar dengan butter. Ni supaya tak nak bagi puding roti tu nanti melekat kat bekas tu.

2. Carik-carikkan roti. Tak kisah nak carik besar ke kecik. Ikut suka hati dan selera sendiri ye.

3. Susun roti dalam bekas membakar. Ini pun ikut suka hati uolls la.

4. Potong kecik-kecik butter dan dollop kan atas roti yang dah disusun tadi.

5. Taburkan kismis sebanyak mana yang uolls suka. Saya suka banyak-banyak.

6. Ulang langkah 2 – 5 beberapa lapis ikut besar mana bekas yang uolls guna.

 

Nanti akan jadi begini ye bila dah buat langkah 2 – 5.

7. Dalam mixing bowl, pukul fresh milk, gula dan telur hingga gula hancur.

 

8. Masukkan esen vanilla dan serbuk kayu manis.

 

9. Tuangkan campuran bahan-bahan tadi ke dalam bekas roti. Biarkan roti direndam selama 10 minit. Sambil tu, boleh la pre-heat kan oven selama 10 minit pada suhu 180 darjah Celcius.

10. Lepas 10 minit, bakar roti selama 30 – 40 minit pada suhu yang sama.

 

Dah siap! Eh, belum lagi. Nak buat sos dia pulak.

Cara-cara buat sos:

1. Campurkan fresh milk dan gula dalam satu periuk kecil. Masak atas api sederhana.

2. Masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit fresh milk. Kacau rata.

3. Tutup api dan biarkan sos sejuk.

 

Bila sos dah sejuk, boleh la tuangkan atas puding roti yang telah dipotong kecil. Sesuai untuk minum petang atau sebagai dessert.

Selamat mencuba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s