Category Archives: Baby/Toddler

Dah 6 bulan?

Piawai

Kejap je rasanya kan. Sedar-sedar dah 6 bulan dah si debob ni minggu lepas. Mamanya ni terlambat seminggu lagi nak update on the dot tarikhnya.

So far his milestones are:

1. Dah bergolek-golek dengan girang gembira sampai tak cukup toto yang bentang kat ruang tamu.

2. Begitu juga dengan menyulur. Laju dah. Tak cukup rumah tu dia nak sukat. Kejap je dah sampai dapur. Almaklum la, rumah I kan kecik cenonet je. Memang kejap le boleh sampai dapur.

3. Semakin sihat. Alhamdulillah. Last week masa pergi 6 month old punya jab, dah 8.4 kg dah. Semput mak nak dukung lelama aih >_<.

4. Dah start makan. For a mean while saya bagi Neslac punya cereal. Dia baru nak belajar nak makan guna sudu so dia dok sedut sudu tu macam dia sedut puting botol susu. Lelama ok la tu. Macam Hannah dulu juga. Kalo ada masa saya buat la carrot puree ke, potato puree ke kat dia. Nak kena cari balik resipi-resipi untuk baby nih.

5. Dah sakan gelak. Kena agah sikit gelak sampai mengelekek (<- kalo tak paham word ni, sila abaikan). Hannah la suka agah dia.

6. Dah pandai tengok tivi. Tapi tak lama la. Kejap-kejap je.

7. Macam dah gatal gusi sebab asyik nak gigit barang je. Even saya, En. Suami dan Hannah pun jadi mangsa juga.

8. Tak suka kena dukung sangat. Dia lagi suka bergerak bebas tanpa halangan. Tapi kadang-kadang bila dah berdukung tu, dia suka je. Cuma tak lama la. Then dia mula nak turun balik.

9. Belum pandai duduk lagi. Hari tu ada pinjam Reen punya Bumbo seat. Letak dia dalam tu, dia dah mula gerak-gerak nak keluar. Dia tak suka. Nasib tak beli lagi. So kalo bagi makan, dia kena duduk atas lap saya. Ingat nak beli la high chair Ikea tu. Masuk dalam wish list baby la.

10. Dalam proses nak merangkak juga. Dah pandai buat posisi merangkak. Gerak 2-3 steps, meniarap balik. Ok la kan. For a beginner. Lama-lama steady la kaki tu.

Tu je kut setakat ni (yang saya teringat). Next month tambah lagi.

Advertisements

Diaper cakes

Piawai

Pada yang sudah sedia maklum, saya sekarang tengah berjinak-jinak buat diaper cake. Nak cari duit lebih bagi menampung kos shopping hidup yang semakin meningkat (ayat sangat skema ye). Ni kira baru nak promote la memandangkan kat Ipoh ni nan ado lagi orang yang buat diaper cake (rasanya la).

Apa dia diaper cake ni? It’s actually a gift for the newborn baby. Biasa sebelum ni kita bagi hamper kan. But sekarang diaper cake ni dah jadi trend to give to the newborn. The base of the diaper cake is the diaper itself (kalau tak takde la nama dia diaper cake kan). Dan kemudiannya akan ditambah dengan ingredients yang lain e.g.: receiving blanket, romper, bib, rattle, teether, pre-walker shoe, socks, booties, mittens, etc. And walla! Jadi la diaper cake yang gojes.

So, every diaper cake is made-to-order. Harga berbeza bergantung kepada ingredients yang digunakan untuk bake each diaper cake. Kalau nak bagi budget sendiri pun boleh. Saya akan cuba untuk meet the budget. But basically, harga start from RM60 onward.

Oh, ni khas buat warga Ipoh je ye. Luar dari Ipoh, kena datang Ipoh la untuk self collect. Pickup point biasanya di Ipoh Parade, Jusco, Tesco, KPTM Ipoh, Giant. Pilih la yang mana satu dekat.  Nak post/courier, tak berapa digalakkan sangat coz diaper cake ni can be quite heavy and bulky. Jadi price for delivery akan mahal la ye.

Di sini ada beberapa sample diaper cakes yang saya dah buat sebelum ni. Newbie la katakan. Baru nak belajor buat. So, pepaham sendiri la cane rupa parasnya. But I’ll try to improve it. Hopefully akan lebih gojes lagi.

Pada yang berminat, jangan segan-segan nak tanya or order ye. Terima kasih.

Nota kaki: Oh, saya masih belum mampu nak buat blog khas for diaper cake. Bila dah ada sambutan yang hangat menggalakkan, baru buat kut.

4th month.

Piawai

Iffat sudah 4 bulan (hari Sabtu lepas). Sangat sudah membesar bagai johan ye si debob tu. Rasanya berat dia maybe dah 7 kg lebih kut. Seriously, saya dah tak larat nak dukung dia lama-lama. Last week, dia dah pandai meniarap sendiri. Then since that day, kerjanya asal baring je, nak meniarap. Bila dah lama sikit, mula mintak tolong telentangkan balik. Bila telentangkan balik, dia meniarap balik. Aiyok, penat la mama nak tolong telentangkan balik nak oi. Lepas tu dah nak angkat vontot macam dah nak menyulur. Weh, telentang pun tak reti lagi sudah mau menyulur ka? Advance.

Selain tu, dia dah tau dia ada tangan sebab asyik nak makan tangan, jari semua. Kalo boleh dua-dua belah tangan nak masuk sekaligus dalam mulut kecik comel tu. Macam muat je kan. Kekadang kalo kita dok pegang tangan dia, dengan tangan-tangan kita sekali dia nak makan. Hoish. Then, dah tau nama dia Iffat sebab bila panggil nama dia, dia dah mula toleh-toleh tengok sapa yang panggil. Kalo dia tengah golek-golek atas toto, saya or En. Suami lalu, dia mesti buat bunyi sambil depang-depangkan tangan. Konon-konon panggil suruh dukung dia la tu. Iffat jarang menangis. But once dia dah menangis (kalo dah lapor sangat or takde orang layan dia), dia akan nangis sampai dah nak tahap tersedu-sedan. Siap dengan mimik-mimik muka lagi. Giler kesian la kan nengoknya.

Dia pun dah pandai nak senyum or gelak-gelak bila kena agah. Seronok bila ada orang nak layan dia. Kadang-kadang tu sampai terjerit-jerit suka. Hannah pun suka je nak main-main and layan dia. Siap boleh main cak-cak lagi kalo si kecik tu macam nak nangis. Gomol jangan cakap la. Sokmo je nak gomol adik dia tu. Mentang-mentang adik tu tak reti nak melawan lagi.

But there’s one thing yang a bit concerning me; Iffat tak habis-habis muak susu lagi. Hampir tiap kali lepas menyusu la kiranya. Tak kira la whether dia dah burp ke, belum ke, in the middle of menyusu ke, habis-habis menyusu ke, sejam lepas menyusu ke, kompem akan muak semula.  Muak bukan yang sikit-sikit, tapi a lot. Macam air terjun. Baju dia memang kompem akan lenjun. Kadang-kadang baju saya sekali. Tu tak termasuk kalo dia muak masa tengah baring. Cadar, bantal, habis semua. Penat kut nak basuh hari-hari. Tapi lagi penat tengok dia muak. Bila dah muak, mesti la lapor balik kan. Kesian si debob saya tu. Nasib berat still naik. Kalo berat turun, lagi saya risau kut.

Anyway, siapa perasan muka Iffat ada iras muka Hannah dulu?