Category Archives: Cik Viva

Forte, New Moon dan Cik Viva eksiden

Piawai

1. Semalam keluar dating dengan En. Suami. Of course without Hannah. Hannah tinggal dengan Acik Lela dia. Hahaha. Memang dah lama gila tak keluar berdua-duaan dengan En. Suami. Last sekali about 6 months ago. Masa tengok Transformers 2. Kali ni pun keluar dating sebab nak tengok movie. Pagi tu breakfast kat Restoran Sungai Tapah (sebelah Masjid Manjoi yag kaler biru tu). Kuewtiao kungfu dia best. Jenuh saya nak habiskan.

2. Kami pergi showroom Naza di Jalan Lahat. Nak tengok Forte. En. Suami dah tengok dulu sebelum ni. Daripada cerita En. Suami, macam best je Forte ni. Dia ada 1.6 EX, 1.6 SX dan 2.0 SX. Yang 2.0 SX tu next year baru keluar. So yang ada cuma 1.6 EX dan 1.6 SX je la yang boleh tengok. And of course kami tengok yang 1.6 SX sebab yang tu full-spec. EX basic je. Tak best. Feature yang paling best and futuristic kat Forte ni is dia tak guna kunci untuk start the engine. Just push a start button je. Memang key-less. Masa test drive, salesgirl yang duduk kat belakang yang pegang ‘kunci’ kereta. Canggih tu. Nak tau lagi pasal Forte ni sila la ke sini.

3. Lepas Jumaat, tengok New Moon. Yeay! Whoa! Jake is so hottie! Hehehe. Tapi saya lagi suka bila dia berambut panjang itu. Beautiful. Bak kata Bella. Scene romantic bila Edward mengungkapkan semula dialog Romeo. Serius romantic. Scary scene bila Heidi (bad vampire cum tour guide) bawak a pack of tourist masuk ke dalam bilik Volturis tu. Walaupun tak tunjuk yang tourist tu jadi ‘hidangan makan tengahari’, tapi otak saya dok ligat cuba membayangkan apa yang terjadi. Gila scary. Ending yang “Huh? Habis dah?”. En. Suami tetiba nak beli buku ke-3 of Twilight series, Eclipse sebab nak tau apa jadi lepas tu. Kita beli terus 1 set la ye? Ok la cerita dia. Takat nak layan syok-syok. Hehehe. So, kamu team mana? Edward or Jacob? Saya masih setia dengan team En. Suami. Hahaha.

4. Masa nak ambil En. Suami kat Masjid Negeri lepas Jumaat, saya terlalu kat jalan pintas kat masjid sebelah hospital besar (jangan tanya macam mana saya boleh terlalu kat situ). Entah macam mana, mungkin saya yang rabun, saya terlanggar bahu jalan (jenis bahu jalan yang curvy tu). Dengar je bunyi dia, saya tau yang mesti teruk bumper Cik Viva tu. Time reverse, pun teruk gak bunyi dia. Aduyai…orang-orang lelaki yang baru keluar dari masjid, dah tengok-tengok. Mesti ingat saya baru dapat lesen. Cis! Nasib tak langgar kereta depan. Kalau tidak lagi haru. And nasib la Cik Via tu kereta saya. Kalau itu kereta En. Suami, kompem dah kena bebel seharian. Wuwuwu. Masa dah sampai kat Masjid Negeri, saya pun tengok la rupa paras bumper Cik Viva. Whoa! Memang teruk. En. Suami dah geleng-geleng kepala. Nasib bumper ori so dia tak patah ke hapa ke. Kalau tak, nangis je la.

5. Esok nak pergi PD. Barang tak pack lagi. Hahaha. Dah pukul 1.43am. Nak tidur. Ciao.

Cik Viva pergi spa

Piawai

Pergi spa murah je. RM10. Hehehe. Dah lama tak basuh Cik Viva. Dekat 2 bulan. Terukkan saya. Dulu masa mula-mula dapat, bukan main sayang lagi. Kalau boleh hari-hari saya nak gilap dia. Sekarang ni, nak hantar pergi basuh di carwash pun macam malas je. Nak basuh sendiri lagi malas. Huhuhu.

Masa saya bekerja odd hours dulu, memang saya ada banyak masa nak diluangkan dengan Cik Viva. Saya tak pernah hantar ke carwash. Saya basuh, vacuum dan wax sendiri. Every inch Cik Viva kalau boleh saya mahu bersihkan. Tak nak ada sedikit kotor or dirt pun (kadang-kala saya akan jadi sangat perfectionist). No wonder saya akan ambil masa nearly 2 hours untuk bersihkan Cik Viva. Sangat puas hati bila tengok Cik Viva dah berkilat-kilat. Kalau boleh tak mahu bawa Cik Viva keluar rumah. Biar duduk bawah porch (masa ni saya masih lagi tinggal dengan mak).

Saya mula jadi malas mahu basuh Cik Viva apabila saya pregnant. Memang tak larat macam dulu. 2 bulan saya tak basuh Cik Viva. Last-last saya bawa Cik Viva ke carwash. Kadang-kadang ada juga En. Suami nak tolong basuhkan. Tapi lama-lama dia pun malas juga. Kereta dia pun dia tak basuh dekat 5 bulan. Hahaha. Lagi horror.

Lepas bawa Cik Viva ke carwash, bawa servis pula di Perodua. Tukar minyak enjin, minyak gearbox dan penapis minyak. Habis RM150. Haishh. Pokai saya bulan ni. Entah boleh survive ke tak sampai akhir bulan. Tapi demi Cik Viva yang banyak berjasa, setiap hari bawa saya ke tempat kerja, tak kisah la. Bukan hari-hari nak kena keluar duit untuk servis dia. Sayang Cik Viva!

this is not my Cik Viva

this is not my Cik Viva

ini baru Cik Viva saya (tangkap selindung-selindung takut nanti ada orang nak kidnap)

ini baru Cik Viva saya (tangkap selindung-selindung takut nanti ada orang nak kidnap)

Nota kaki: Teringin nak hantar Cik Viva ke carwash yang ada di parkir Jusco. Tapi mahal. RM68. Basuh, vacuum and polish. Pakai Meguiars kut. Tu pasal mahal. Huhuhu.