Category Archives: Famili

Sweet Sunday: At the beach

Piawai

Advertisements

Warna

Piawai

Di suatu petang yang indah, seorang bapa ingin mengajar anaknya yang berumur 2 tahun mengenali warna. Kebetulan anaknya itu sedang riang-ria mewarna di dalam buku mewarna. Lantas si bapa mengambil satu krayon dan bertanya kepada si anak:

Bapa: Hannah, ini warna apa?
Anak: …
Bapa: Ini warna bi-ru.
Anak: Bi-yu.
Bapa: Biru. Bagus.
Anak: Ni? (sambil memegang krayon warna lain)
Bapa: Warna me-rah…
Anak: Me-yah. Bagushh. Bagushh. Ni? (sambil pegang krayon warna lain)
Bapa: Ku-ning.
Anak: Tu-nen. Bagushh. Bagushh. Ni? (sambil tunjuk krayon warna lain)
Bapa: Hi-jau. Eh…ni siapa yang ajar siapa ni?
Anak: *grins*

LOL!

Jalan-jalan Johor

Piawai

Saya nak update blog tapi macam sangat malas walau hakikatnya sangat banyak masa untuk dibuang. Heh.

Ok. Saya ke Johor. Bukan untuk bersuka-suki. Apatah lagi nak menyeberang Tambak Johor itu (walau dalam hati sangatlah kepingin). Paling-paling pun dapat ke Jusco Tebrau City je.

Tujuan utama nak menghadiri walimah anak abang saya yang nombor 2. Hoh. Dah kahwin si Angah ni. Rasa macam kecik-kecik je lagi dulu sama macam saya (kami cuma beza 6 tahun je).

Anyaway, ada la beberapa perkara yang terjadi selepas hari walimah tu. Tapi tak perlu la saya ceritakan di sini. So, tengok gambar je la ye.


Abah pengantin

Omak pengantin


The menu – nasi putih, kerabu, gulai lemak nangka, ayam goreng berempah


kari kambing yang sangat umphh!


licin sudahhh…


Hannah dah start nak cranky


kek


The bride & groom


Emcee of the day


apa la yang saya suka sangat tu?


Hannah dah boring

3 beranak


Dengan pengantin


Kami, my mum and pengantin

Ok la. Nanti sambung cerita la pulak la. Ada cerita makan-makan pulak. Ciao.

Raya, raya, raya…

Piawai

Ok. Aidilfitri dah berlalu. Err…memang la Syawal itu sebulan tapi yang meriahnya seminggu je la selalunya kan.

Tahun ni sambutan Aidilfitri biasa-biasa sahaja. Tak ada la pulak nak tukar segala benda serba baru. Lagipun saya kan beraya di kampung (ceh, rumah mak pun takat 5 minit je drive). So, tak ada maknanya nak mengemas sangat rumah tu. Tak ada sesiapa nak datang beraya pun. Huhuhu.

Anyway, nah tengok la gambar-gambar yang tak seberapa ni. Hasil guna DSLR pinjam. Terima kasih kolej. Hihihi. Tapi macam penuh dengan gambor Hannah je la kan.

Achoom!

Piawai

Aa…aa…achoom! Aa…aa…achoom! Excuse me…

Wahhh…dah berhabuk banget blog nih…nampak sangat dah lama tak update. Maaf la ye semua. Saya agak sibuk sikit lately.

Ok. Mula-mula nak cerita pasal Hannah.

1. Hannah dah 20 months old this month. Lagi 4 bulan dah nak 2 tahun. Kejap je kan masa berlalu.

2. Dia dah banyak bercakap. Vocab pun dah makin banyak dia pandai sebut even though kadang-kadang tak berapa faham dia sebut apa (En. Suami yang selalu tak berapa faham dia sebut apa). Pun dah pandai buat ayat guna dua perkataan. E.g.: main masak, susu coklat, nak minum, pakai shoe. Ok la kan. Tapi dia tak la sebut dengan sebutan yang betul. Susu kadang-kadang jadi cucu or syusyu. Coklat jadi celat. Masak jadi acak. Shoe jadi chus.

3. Then dia dah pandai tanggal seluar sendiri. Baju tak pandai lagi macam mana nak tanggalkan. Dah cuba-cuba nak pakai baju and seluar sendiri juga. Kasut dah pandai pakai sendiri. Cuma kadang-kadang terbalik – yang kanan pakai kat kaki kiri, yang kiri pakai kat kaki kanan. Tapi bila bagitau terbalik, dia tau nak betulkan.

4. Dah tau kalau dah lepas makan or rasa tangan kotor, basuh tangan. Dia akan ambil stool dia and bawak dekat sink dan terus hulur tangan kat paip air sambil sebut tangan.

5. Dah pandai nak bancuh susu sendiri. Bukan la literally dia dah pandai bancuh betul-betul. Dia akan pegang botol susu dan saya yang akan scoop susu masuk ke dalam botol. Sambil tu kami kira sama-sama berapa scoop yang kena bancuh. Nombor 1, 2 dan 3 dia skip. Dia terus ke nombor 4, 5, 6 dan 7. Hahaha.

6. Bila saya basuh pinggan, dia pun sibuk nak basuh pinggan juga. Menempek kat tepi sink dapur tu sambil hulur tangan nak pinggan yang dah berbasuh. Selalunya saya bagi botol susu dia dengan bekas-bekas plastik je. Then dia susun la kat atas kitchen cabinet tu ikut suka hati dia.

7. Bila saya buat laundry pun sama. Dia pun sibuk-sibuk nak tengok kat dalam washing machine tu ada apa. Kalau saya nak sidai/jemur baju, dia pun sibuk-sibuk nak tolong sidaikan sekali sebab dia dah ambil hanger siap-siap.

8. Bulan puasa ni Hannah kadang-kadang ikut bangun sahur sekali (sebab bila dia golek ke kiri or ke kanan dia rasa dah takde orang). Tapi biasanya setakat bangun minum susu and lepas tu tidur balik. Bila time nak berbuka dia pun sibuk-sibuk juga nak memasak. Nasib dah ada toys masak-masak tu. Hihihi.

Dah tau nak tulis apa pasal Hannah dah. Cerita pasal saya la pulak.

1. Masih sibuk/busy dengan entah hapa-hapa entah.

2. …

Pun tak tau nak cerita apa. Hahaha. En. Suami pulak la.

1. Dia baru beli toy baru. Namanya PS3. Dah sebulan lebih dah. Nasib dia beli sekali dengan monitor. Takde la kacau tv.

2. Dah khatam 2 games – God of War 3 and Uncharted – Drake’s Fortune. Sekarang tengah layan Dirt 2 dengan Grid. Sesiapa ada suggestion games apa yang best, sila-silakan la. Saya nak join main sekali tapi tak reti.

3. Bulan puasa ni dia ride every Sabtu malam Ahad lepas tarawih. Ride dari Meru-Manjoi-Padang Polo-Dataran MBI-Manjoi-Meru.

4. …

Pun tak tau juga nak cerita apa.

Anyway, kami sekeluarga tengah anxious sekarang ni (especially me and En. Suami). Tengah menunggu sesuatu. Eh, bukan baby baru. Itu belum lagi. Ni lain. Nanti kalau dah ada, saya bagitau. Ok. Ciao.