Category Archives: Fashion

Colour blocking!

Piawai

Today, I dare myself to wear these 3 colours combination. Even En. Suami asked me this morning, “Are sure to wear that to college?”. And I replied, “Yes. I’m pretty damn sure.”

 

Orange scarf. Green blouse. And blue maxi skirt.

So, what do you think? Yay or nay? Am I overdoing it (the colour blocking)?

Advertisements

La camisa negra

Piawai

Saya sedang mencari baju. Contoh baju-baju tersebut adalah seperti di bawah ini:

Ya. Saya nak cari blouse/dress dan yang sama waktu dengannya. Kalau boleh nak labuh. Tapi yang dalam gambar kat atas tu mostly adalah dress. Kat Ipoh ni macam susah je nak cari yang berkenan di hati. Ada je yang tak kena; cantik tapi tak labuh, labuh tapi tak cantik. Hopefully bila pergi KL nanti ada la yang berkenan di hati.

Kalau ikut hati macam nak beli kain lepas tu tempah je. Lagi senang kan. Tapi nanti takut tailor tu buat tak cantik pulak. Haishh…susah…susah…Perkara ni pun boleh buat saya pening kepala. Belum nak fikir perkara yang lebih besar lagi.

Kebaya pendek berwarna merah

Piawai

Last Saturday ada keduri kawen one of my BFF masa sekolah dulu. Dia buat dekat Dewan Silveritage di Medan Gopeng. Kenduri dia malam. Tapi saya dengan konfidennya ingat siang . Siap bergaduh-gaduh dengan En. Suami lagi kata siang. Pergi-pergi, kenduri orang lain. Nasib tak duduk makan lagi. Terpaksa la En. Suami malu-malu alah ambil semula hadiah. Isk! So, malam tu saya gigih la pergi sorang-sorang.

Err…actually saya bukan nak cerita pasal kenduri tu sebenarnya. Saya nak cerita pasal benda lain. Pasal baju.

Masa saya nak bersiap-siap pergi kenduri tu (malam), saya tak tahu nak pakai baju apa. Lalu saya terpandangkan baju kebaya pendek berwarna merah yang dah sekian kurun saya tak pakai. Saya ingat first time pakai masa dinner kolej dulu. Beli pun sebab nak tema merah hitam.

Saya pun ambil baju tu dan gosok. Bila pakai je, saya rasa something wrong somewhere. Bukan sebab dah tak muat (figure saya lari sikit je daripada sebelum beranak dulu), tapi sebab saya rasa dah tak sesuai saya pakai kebaya pendek. I’m not a single girl trying to find a guy to hook up with. Hahaha. Saya sudah jadi mak orang. So, for me it’s not suitable to wear that kind (baju pendek-pendek) of clothes anymore. Saya pun ambil baju kurung yang lain dan gosok (dah 2 kali kerja kan).

Ya, dulu-dulu masa zaman muda-remaja-single-mingle, saya pakai all those skimpy clothes (tapi tak le skimpy sangat sampai nak ternampak segala celah-celah kan). But bila dah jadi isteri dan ibu ni, dah tak berapa nak sesuai la kut. Fikiran pun dah makin matang (ye ke?). Pemakaian pun kena nampak matang juga. Tapi tak la sampai orang konpius saya dengan mak saya pulak ye. Saya masih nak berfesyen-fesyen. Cumanya masih bermoral lagi la (saya pun tak tau fesyen tak bermoral tu macam mana…wahahaha!). Maksudnya tutup apa yang perlu ditutup la. Ala-ala muslimah gitu. Wahaha.

Saya tidak berubah dengan drastik. Sedikit-sedikit. At least ada perubahan daripada tak ada langsung kan. Ok la. Ciao.

Akhirnya…murah saja…

Piawai

Siapa still ingat entri Shuz Galore? Hmmm…hehehe. Sebabnya…
Jeng…jeng…jeng…

shuz1

shuz2

Dah berjaya rembat 2 pasang ni di Vincci. Kikiki. Really-really can’t help it. Dah lama sangat mengidam. Tambah-tambah bila dah ternampak kan. Walaupun tak sama dengan yang macam list gambar tu, tapi seakan-akan sama la. Jadi la. Lagipun yang dalam list gambar tu konfrem la mehe ye kawan-kawan. Yang saya beli ni morah aje. Jenama Vincci je pulak tu. Ni nak buat pakai pergi kerja ye. Nak buat pakai shopping-shopping, amat la tidak sesuai. Mau patah pinggang saya. Better pakai Crocs itu saja.

Nota kaki: En. Suami mesti membuat bebelan ya bila dia tahu saya beli kasut-kasut ni. Oleh itu, mari kita rahsiakan dulu (nak rahsia mendenya kalau dah post entri pasal benda ni kat sini. Lalala~~~).

Ariani dan Hajaba

Piawai

Ariani dan Hajaba dah ada di Ipoh dah. Harga tudung di Ariani sangat la ridiculous. Cecah ratus-ratus gitu. Yang paling murah RM69. Anak tudung yang nak dipakai dengan tudung or selendang chiffon.

Aiyoh! Kenapa la mahal sangat. Maybe quality kainnya berbeza kut dengan yang dijual di kedai-kedai biasa. Awning tudungnya pun lebih bagus kut. Dalam senyap-senyap, saya membuat sesuatu yang nasty. Saya patah-patahkan awning anak tudung yang RM69 tu. Owh…sungguh awning tu mampu bertahan. Tak ada kesan patahan langsung. Patut la dia mahal kut.

Saya tak berani nak try mana-mana tudung di Ariani. Hehehe. The price totally out of my league and range. Macam mana la ada akak yang saya tengok kat kedai tu boleh beli sampai 3-4 helai.

Hajaba harga dia kurang RM10-RM20 daripada harga Ariani. Tapi kat Hajaba ni ada jual pakaian juga. Ada jubah, maxi, blouse etc. Kat Hajaba ni saya berani la sikit nak try tudung-tudung dia. But of course la tudung dia semua tudung indon tu ye. Ada juga la tudung Tok Siti. Berkenan juga. Tapi memikirkan harganya yang macam mahal tu, saya beli di kemudian hari la.

Kak Shima and kak Kurai beli la sorang sehelai. Kat Hajaba ni ada sales. Beli banyak, sales dia lagi banyak. Kak Shima cucuk gak saya suruh ambil sehelai. Hehehe. Purse Bonia saya dah kempis beli baju raya Hannah hari tu. Tunggu dapat gaji bulan ni nanti la. Kalau ada bonus (saya dapat juga ke?), memang confirm saya akan beli sesuatu. Lalala.

Bila Sri Munawwarah nak pacak kedai di Ipoh? Mesti nanti penuh dengan akak-akak kerja gomen kat kedai tu. Hihihi.

Shuz Galore

Piawai

Saya tiba-tiba teringin nak beli kasut baru. Tapi…saya nak yang lebih kurang macam kat bawah ni. Ada sesiapa sudi nak hadiahkan ke? ;P

shuz_picnik

 

1. Max Studio

2. Tory Burch

3. Debenhams

4. Charlotte Russe

5. Kurt Geiger

6. Topshop

7. Nine West

8. Restricted

9. Miu Miu

10. Dorothy Perkins

11. Franco Sarto

12. Guess

Main dress up for adults

Piawai

Maaf sebab dah lama tak update. Saya busy sikit 2-3 hari ni (hmmm…busy ke?). Anyway, saya terjumpa website ini, Polyvore masa saya blog hopping. It’s a cool website because you can play dress up! Hihihi. Macam budak-budak kan? Tak la. Kamu boleh cipta fashion dan style kamu sendiri dan yang kamu suka with thousand of choices that you can choose from. Memang best. Lihat la hasil buang masa saya ni.

set1 copyset2 copyset4 copyset5 copyset6 copyset3 copy