Category Archives: Health

The fever is ON!

Piawai

Ini tak ada kena-mengena dengan bola sepak Piala Dunia ya. Ini memang demam betul-betul. Satu rumah demam.

Bermula dengan Hannah pada hari Sabtu lepas hingga ke hari Isnin. Bersambung pula dengan saya pada hari Selasa hingga Rabu. Dan semalam, En. Suami pula kena.

Bergilir-gilir. Macam contagious pulak. Tambah dengan batuk-batuk yang tak hilang-hilang sejak sebelum pergi ke Gentingnya lagi. Aduh. Tekak rasa perit je.

*********

Ok. Ini baru cerita pasal demam bola sepak Piala Dunia.

Malam ni sepak mula. Afrika Selatan lawan Mexico. Saya bukanlah peminat tegar bola sepak sebab saya main pun tak reti. En. Suami pun sama. So, kami tak ambil pusing tentang Piala Dunia ni. Oleh itu, jangan la tanya saya sokong negara mana. Pasukan saya sentiasa berubah-ubah setiap 4 tahun.

Tahun 1994, saya sokong Itali (tapi kalah dengan Brazil). Tahun 1998, saya sokong Perancis (menang dengan Brazil). Tahun 2002, saya sokong Jerman (tapi kalah dengan Brazil). Tahun 2006, sokong Portugal (tapi dapat 4th place je). Ingat tahun ni nak sokong Malaysia. Tak layak pulak nak masuk.

Hmmm…sampai bila la kita nak sokong negara orang?

Anyway, selamat demam bola. Tapi tanggungjawab hakiki jangan lupa ye. *wink-wink*.

Advertisements

Cerita…ceriti…

Piawai

i
Isnin lepas Hannah demam. Demam yang agak panas. 39.6 degree. Hannah kalau demam, temperature mesti tinggi. 2 hari saya terpaksa bercuti untuk jaga Hannah. Sekarang Hannah dah ok tapi saya pulak yang demam. Wuuu…memang Hannah dah transfer demam dia ke saya la tu. Semalam memang tak bermaya sangat rasanya. Tapi tak boleh nak cuti lagi sebab takkan within 1 week sampai 3-4 hari cuti. Dengan sakit-sakit semua joints tulang sebab sejuk gila tahap North Pole. Tapi dalam demam-demam dan tak bermaya tu, saya sempat juga tengok presentation DAV by students saya pagi tu. Memang terbaek la. Setakat ni the best 5 (randomly picked) adalah Lensa by Sannew Production, Comeback by WonderFriends Production, Ambilla Ambillah by Kugairah Production, The High Class Mak Nyah by La’tura Production dan Ape-ape Ajelah by Saikoholic Production.

ii
Sebenarnya 4 November lepas adalah anniversary pertama saya sebagai blogger. Tak sempat nak buat special entri pasal tu sebab sibuk dengan Hannah yang demam. Hmmm…macam tak percaya dah setahun ya saya merepek-repek di sini. Baru setahun jagung je. Tak boleh nak celen kawan-kawan saya yang dah 8-9 tahun menjadi blogger. Tegar lagi ye. Saya harap saya akan boleh terus merepek-repek di sini. Dan saya juga harap kamu semua masih mampu bertahan untuk membaca apa yang saya rapikkan di sini. Hahaha.

iii
Hari ni Hannah dah 11 bulan. Tinggal sebulan je lagi nak setahun. Wah! Ni lagi saya macam tak percaya. Dah nak setahun rupanya saya bersalinkan Hannah. Rasa macam baru je lagi kami bawak dia balik dari Ar-Ridzuan tu. Sakit bekas caeser tu pun still terasa lagi. Ingat nak buat birthday party untuk Hannah tapi babysitter Hannah pun nak buat juga sebab anak dia lahir 5 Disember. So dia nak buat sekali la. Cuma dia nak buat a week delay sebab 5 & 6 Disember tu dia ada kenduri yang kena attend. Hmmm…kita tengok la macam mana nanti. Kalau ada duit lebih, saya buat la 2 kali birthday party Hannah. Seperti biasa, kek dan cupcakes akan ditempah pada Wan Linda. Baju Hannah ingat nak tempah pada Honey Little Closet.

iv
Penat nak kejar budak-budak yang tak settle kan coursework lagi. Dah la yang tak hantar tu jenis budak-budak yang pemalas tegar datang ke kelas. Kalau markah tu dah lepas tahap F, ok la. Ni ada yang 9/75, 11/75, 21/75…haishh. Score full mark masa final exam pun belum tentu lulus lagi tu. Apa la nak jadi dengan budak-budak ni. Penat sudah membebel-bebel.

H1N1 ke?

Piawai

1. Students kolej saya dah ramai yang demam, batuk-batuk, selsema, dan sakit tekak. Simptom-simptom dah tu. Kami lecturers dah mula risau-risau.

2. Hari Rabu kelmarin, kakitangan MOH (bukan MUH ye) datang untuk buat pemeriksaan/saringan kesihatan. 10 orang dengar-dengarnya dah suspected. 2-3 orang students saya pun termasuk sekali. Sorang tu memang dah pernah kena masa cuti semester lepas. Now the simptoms are coming back katanya. Ish…jangan datang kelas saya la. Habis 1 kelas kena kuarantin nanti.

3. Tiada angin sepoi-sepoi bahasa kata nak tutup kolej seminggu ke? Saya suka je nak cuti-cuti ni. Tapi amat malas la nak ganti kelas nanti. Confirm students tak mahu kelas di petang Jumaat. Lalala.

Updated – 3 Ogos 2009

Saya sudah bercuti selama seminggu. Kolej ditutup bagi mengelakkan penularan dan penyebaran wabak H1N1.

Demam 2

Piawai

Hannah demam lagi. Kali kedua dalam masa 6 minggu. Mungkin sebab keadaan cuaca sekarang yang tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas. Tapi cuaca semalam memang panas sangat. Air paip pun panas semacam. Anyway, nasib ada baki ubat demam yang lepas. So, tak perlu la pergi ke klinik. Hannah macam biasa tak cranky sangat. Bila dia rasa betul-betul tak selesa baru dia menangis. As long as dia kenyang, nappy dah tukar dan kain kesukaan dia ada, she’s happy.

Tadi dalam pukul 3am, saya kejutkan dia makan ubat (kena makan ubat ikut masa ya). Actually Hannah pun dah bangun waktu tu. Badan dia still panas lagi. Bila dah tukar nappy, makan ubat dan minum susu, dia tak nak tidur lagi. Dia nak ajak main. Huuu…saya nak sambung tidur. Saya bawa dia baring sekali atas katil saya. Letak tengah-tengah di antara saya dan En. Suami. Saya tepuk-tepuk dia sikit nak bagi lena. Tapi macam saya yang nak terlena. En. Suami terjaga bila dengar Hannah cooing. Dia pun tolong tepuk-tepukkan Hannah. Then saya tak sedar apa dah.

Bila terjaga pukul 6am, Hannah dah lena. Mesti terlena sebab dah penat main sorang-sorang. Kesian Hannah takde orang nak teman main. Sebelum keluar rumah tadi, Hannah still tidur lagi. Cium pipi dia kiri dan kanan. Cium dahi. Cium hidung. Terasa haba panas. Huuu…sebak kejap bila tengok dia tak sihat macam ni. Pesan pada En. Suami her next medication intake pukul 11am. Kalau badan dia still panas, tak payah mandikan. Lap sudah memadai.

Saya pergi kerja pagi ni dengan hati yang berat.

Colic

Piawai

What is Colic?

Colic is a broad term, which is defined by its symptoms rather than a particular cause.  Colic is believed to affect about 20% of babies.  A baby is described as having colic if her or she has episodes of uncontrollable, extended crying over three hours a day and at least three days a week.  Every baby cries, but if your baby is otherwise healthy and well fed, then he or she may have colic.  In general, babies start with colic around three weeks of age, getting its worse at around six weeks of age and then usually stopping around three or four months of age.

The exact cause of colic is still unknown but there are many theories on why a baby might have colic.  Many believe that colic is caused from an immature digestive system.  With an infant’s digestive system still developing up to the age of three months it is thought by some that colic comes from an immature digestive system that is having spasms.  However, some experts suggest that the stomach pain is the result of crying rather than the cause.  Another theory is that colic is caused by an immature nervous system, which causes a baby to tense up in response to normal external stimulation.  A third theory is that milk, either from the breast or bottle may be the cause of colic.  This may be the case if a baby cries more after feedings.  Each of these theories along with others is still being researched today.  Since there is no factual evidence on what the exact cause of colic is, there is no one easy solution to help parents ease or comfort their baby through an episode of crying.

What are the symtomps of Colic?

Each baby will show different symptoms of having colic.  Some may show a number of symptoms while some will only show one.  Below are some of the most common symptoms associated with colic.

  • Loud and continuous crying that can last from one to three hours at a time, with these crying episodes occuring about three or four days a week
  • Although the crying can happen at any time, most colicky babies cry more in the late afternoon or evening
  • Baby’s face gets red
  • Legs are pulled up to stomach and then may fully streched
  • Feet may be cold
  • Hands may be clenched
  • Some babies refuse to eat or become fussy soon after eating
  • Difficulty falling and staying asleep
  • Baby may lift their head or legs and pass gas
  • Baby may seem generally uncomfortable and appear to be in pain

What can I do to help my baby?

 Since it is not exactly known what causes colic, there is no one quick fix that works for every baby.  The most important first step is to check with your baby’s pediatrician to make sure there is no medical cause for your baby’s crying.  Once your baby is given a clean bill of health then all you can do is try your best to keep your baby calm and comfortable through an episode of crying.  Below are a few methods that may help make your baby feel more comfortable.  While a few of these methods may work with some babies, they may not work at all for others.

  • Keep a diary of when your baby cries, along with activities like napping, feeding and playing. Look for patterns, which may offer a small clue to the solutions
  • If you’re breast-feeding, try to eliminate dairy from your diet along with other foods such as onions, cabbage, cauliflower, spicy foods, caffeine, beans or other gas producing foods. Before eliminating dairy from your diet be sure to check with your doctor first. Your doctor may or may not want you to eliminate dairy from your diet or he/she may want you to take calcium supplements.
  • If you’re bottle-feeding, do your best to reduce the amount of air that your baby swallows. Try using a curved bottle or a bottle which collapsible disposable liners
  • If your baby seems to have a lot of gas, make sure you burp him frequently
  • Don’t overfeed your baby. This may actually make the colic worse. Stick to your normal feeding routine
  • If you’re bottle-feeding, talk with your doctor about changing formulas to a low-allergt type of formula
  • Take your baby to a part of your home that will provide less stimulation. Bright lights, noise, or a large number of people may further aggravate the colic
  • Wrap your baby up snugly in a blanket while walking around in a smooth steady motion
  • Go for a walk in stroller or for a drive in a car seat
  • Give your baby a warm bath or place warm bottle on your baby’s stomach.  Be sure the bottle is not hot!
  • Try rocking in a rocking chair; or swinging in a baby swing
  • Give your baby a gentle tummy massage
  • Some baby’s like hearing rhythmic sounds such as vacuum cleaner, dishwahser, or cloths dryer and will calm down when they hear these types of sounds

There are a lot of parents you probably know that have been through the experience of having a baby with colic.  Talk with other parents and friends and get their suggestions on what methods they used to calm their baby.  There are a lot of different things that people have tried that are not listed above.  Keep in mind that not every baby will react to these methods the same.  Sometimes it may help, while other times it may seem to make the baby more uncomfortable.  Try one at a time and hopefully you will find one that comforts your baby while also giving your ears a rest from the crying.

~~~~~~@~~~~~~

Hannah ada colic. Daripada 10 simptom, Hannah ada 6.

Kesian tengok Hannah asyik tidur tak lena. Sekejap-sekejap terjaga and then menangis.  Bila berdukung pun dia macam tak selesa. Kadang-kadang Hannah macam grumpy. Marah-marah sampai merah padam muka dia. Tapi nasib baik la dia cuma jadi macam ni waktu siang je. Malam alhamdulillah okey. Tapi, kesian la dekat Kak Lela (kakak yang akan jaga Hannah bila saya dah start kerja nanti). Penat la dia asyik nak kena tidurkan Hannah.

Hmmm…nak kena beli baby swing/buaian ke?

 -info from thenewparentsguide –

Stay at home sweet home

Piawai

Hari ni saya masih lagi bosan. Sudah hampir 2 minggu saya tidak bekerja. Tapi nasib duduk di rumah. Kalo kena tahan di hospital, lagi mengarut. Mahu mati kutu saya. No astro and no internet. Ingatkan boleh la hari ni nak mencuba sesuatu yang baru untuk photoshop tapi saya baru teringat yg malam Isnin lepas saya baru saja meng’format’ laptop tua ni. Then baru saya noticed yang saya tidak punya installer Photoshop CS2. Caishh…Mana nak cari installer nih?

Oh, reason saya bosan disebabkan tidak bekerja dan duduk di rumah ialah saya sedang memboyot 8 bulan. Mungkin ada yang berkata, “Aku pun pregnant 8 bulan gak tapi ok je lagi gi keje”. Hei, lain orang lain masalah ya. Pregnancy saya ada sedikit complication. Tak teruk tapi can become worst. Saya di’detected’ mengalami Placenta Praevia type II (anterior) which is masalah uri di bawah. The placenta menghalang sedikit ‘laluan keluar’ baby. The bad thing is, kalau saya bekerja terlebih or berjalan lama-lama it can cause bleeding. I don’t want that to happen. So, to prevent it from happen, my O&G physician pun suruh la saya berehat di rumah. No hard work at all. Tidak pasti sama ada saya akan bersalin normal ataupun cesarean. Ngeri memikirkan kalo kena c-section.

Saya sekarang ni pun sudah tidak berjalan ke mana-mana including shopping, ke kenduri kahwin, or anywhere. Oh, dan di tambah pula dengan sakit belakang yang not related dengan pregnancy syndrom (lower back pain). Saya mengalami upper back pain which is rare. Huh…banyaknya dugaan. Harap-harap masa bersalin nanti mudah la. InsyaAllah.