Category Archives: Kawen-kawen

Jalan-jalan Johor

Piawai

Saya nak update blog tapi macam sangat malas walau hakikatnya sangat banyak masa untuk dibuang. Heh.

Ok. Saya ke Johor. Bukan untuk bersuka-suki. Apatah lagi nak menyeberang Tambak Johor itu (walau dalam hati sangatlah kepingin). Paling-paling pun dapat ke Jusco Tebrau City je.

Tujuan utama nak menghadiri walimah anak abang saya yang nombor 2. Hoh. Dah kahwin si Angah ni. Rasa macam kecik-kecik je lagi dulu sama macam saya (kami cuma beza 6 tahun je).

Anyaway, ada la beberapa perkara yang terjadi selepas hari walimah tu. Tapi tak perlu la saya ceritakan di sini. So, tengok gambar je la ye.


Abah pengantin

Omak pengantin


The menu – nasi putih, kerabu, gulai lemak nangka, ayam goreng berempah


kari kambing yang sangat umphh!


licin sudahhh…


Hannah dah start nak cranky


kek


The bride & groom


Emcee of the day


apa la yang saya suka sangat tu?


Hannah dah boring

3 beranak


Dengan pengantin


Kami, my mum and pengantin

Ok la. Nanti sambung cerita la pulak la. Ada cerita makan-makan pulak. Ciao.

Kawen-kawen

Piawai

Hari ni ada 2 kenduri kahwin yang perlu saya attend. 1 di Taman Che Wan dan 1 lagi di Silveritage, Medan Gopeng.

Di Taman Che Wan tu anak kepada cousin saya. Kira anak saudara la ye. Kami actually sebaya. Masa kami kecik-kecik dulu, arwah Mak We (opah anak saudara saya ni) selalu suruh dia panggil saya Makcik. Erk! Apa barang umur baru 9 tahun dah kena address as Makcik. Tapi saya dok ber’aku-kau’ je dengan dia. Hehehe.

Then yang kenduri di Silveritage tu pulak is my schoolmate. Terkejut gaban juga saya bila dia SMS mintak address rumah. Sebabnya…entah la. Macam tak percaya dia nak kahwin. LOL! And yang paling tak sangka-sangka sekali is when the news circulated in our egroups, 1 one my bff menyingkap kembaliĀ gurauan yang pernah my friend ni cakap kat 1 of her guy classmate dalam kelas depa dulu. Gurauannya berbunyi begini…

“Kalau tak dapat ko, abang ko pun tak per”

Memang gurauan jadi kenyataan ye uolls. She’s getting married with abang kepada classmate dia nih. Huhuhu. Mesti rasa ada sedikit kepelikan kan bila nak address your sister-in-law yang sebenarnya adalah kawan kamu masa sekolah and even now pun still berkawan lagi.

Anyway, nanti saya update ye gambar-gambar di sekitar kedua-dua majlis perkahwinan. Esok pun ada kenduri kahwin my colleague kat PGA, Ulu Kinta. Tapi macam tak boleh nak attend je sebab En. Suami akan ke Taiping. Of course saya tak ada transportation nak pergi. Takpe la. Hadiah dah kirim pada Shakura dan Azril.

Selamat Pengantin Baru to Ruby and her other half, Jepah and her other half dan Afzam and his other half. Moga Allah memberkati perkahwinan kamu semua. Amin.

The one with baby Porsha

Piawai

Sorry sebab lambat update tentang kenduri kahwin yang saya attended last Saturday. Walaupun cuti hujung minggu, saya tetap sibuk ya amat. Sibuk main dengan Hannah. Hehehe. Before saya cerita pasal kenduri tu, meh saya cerita pasal the couple – Azylia dan Helmi.

Mereka berdua adalah rakan ketika saya di sekolah menengah dulu. Mereka bercinta dari zaman sekolah (tak silap dari form 5), bersambung ke universiti and sampai la ke zaman dah bekerjaya. Mereka ni antara couples yang kami anggap macam cinta agung la. Still holding on dari sekolah. Tapi tak boleh challenge ada satu lagi couple. They started bercinta dari form 1 sampai sekarang dah ada anak 1. 15 years weh! Memang kami salute la kat mereka ni. Hopefully mereka akan bersama hingga ke hujung nyawa. Anyway, back to Mr. & Mrs. Helmi. Dah la masa sekolah dulu sekelas. Masuk universiti (UUM) ambil course yang sama kalau tak silap. Then sambung Master (UM) pun bersama-sama. Kerja tak sure tempat yang sama ke tak. Totally tak boleh dipisahkan. Hahaha. Bila mereka sent invitation di Yahoo!Groups, saya berkata at last akan kahwin juga akhirnya mereka. Penat nak tunggu nasi minyak mereka ni tau.

So, last Saturday saya dengan excitednya lepas balik kerja, ambil En. Suami dan Hannah di rumah (tapi kena tunggu Hannah bangun tidur dulu so dalam pukul 2 baru keluar rumah…hahaha) terus kami bertolak ke Tambun. But before that need to pick up a friend and his daughter at their home at Jalan Towers first. Memang dah janji nak pergi sekali but at first dia suruh tunggu di hadapan Giant (he will drive his car). Tapi En. Suami kata kita just ambil je la both of them kat rumah. Kesian la kat dia sebab nak kena handle his baby by himself (his wife kerja until 5 pm). His baby and my baby actually macam ada chemistry sebab his baby was born a day before Hannah. And nama pun sama cuma hers with a long version – Porsha Hannah Maryam. Yes, Porsha as Porche (its suppose to pronounce ‘Por-sha’ not ‘Por-shey’). Ini sebab nama ayahnya Benz Alif. Ya, Benz the Mercedes Benz. Don’t ask me why his name is like that.

Lepas dah ambil mereka, so off we go. Kalau ikut map, kami dah ikut according to it. Tapi entah macam mana boleh tersesat. Entah ke mana-mana hala la kami dah masuk. Kejap masuk Taman Peprpaduan, kejap masuk Batu 6 (eventhough alamat dia tulis Batu 6, tapi sebenarnya bukan nak kena masuk dalam Kg. Tersusun Batu 6). Dekat 45 minutes juga la kami pusing-pusing. Last-last jumpa. Lorong nak masuk ke area perumahan dia tu quite small. Memang tak perasan sangat. Jam masa tu dah pukul 3.15 pm. Hoh. Datang kenduri lewat. Takpe. Yang penting datang.

Sampai-sampai, jumpa dulu dengan mak pengantin. Salam-salam. En. Suami dah capai pinggan. En. Benz kena dukung Porsha dulu. Saya melilau cari kut-kut ada ternampak familiar faces. Segan la kalau takde orang kenal. Tiba-tiba ada orang tegur. Nampak beberapa mamat tengah makan-makan sambil sembang-sembang sambil sedut-sedut rokok. Saya senyum. Muka-muka yang selama ni dok selalu bersembang di e-mel dan Facebook – Pejek, Ghali, Majid, Usop, Ali and pengantin lelaki, Helmi. Sembang-sembang kejap dengan mereka then saya masuk dalam rumah. Nak cari pengantin perempuan. Huhuhu.

Then, there she is so beautiful in her white songket. Orang cantik, pakai apa pun cantik. Salam-salam, muah-muah. Dia tengah sibuk-sibuk nak sesi tangkap gambar dengan teman-teman sekerja kut. So, tak nak kacau lagi. Nanti-nanti baru kacau. Then bertembung pulak dengan 2 orang junior masa sekolah dulu. Still kenal lagi. So salam-salam sambil depa dok cubit-cubit pipi Hannah yang tembam tu. Masa nak keluar rumah tu ternampak pula my photographer masa kenduri saya dulu. Kecil sungguh dunia.

Nak makan. Perut dah nyanyi lagu ‘Selamat Pengantin Baru’. Masa pergi ke tempat En. Suami duduk, nampak En. Benz tengah comfort kan Porsha yang tengah menangis. Rupa-rupanya Porsha meragam sikit. Maybe sebab panas (memang panas sangat hari tu). Sampai merah-merah muka Porsha menangis. Kesian dia. Saya tengok Hannah. Dalam hati kata jangan lepas ni dia pun sama meragam sudah. En. Suami dah habis makan. So, giliran dia pula kena baby-sit. Ingatkan bila saya dah habis makan, boleh saya dukungkan Porsha. Tapi bila saya dukung pun dia still menangis juga. Last-last kami terus balik sebab tak nak nanti Porsha lagi meraung. Kesian En. Benz. Tak sempat nak makan pun.

Saya memang tak sempat nak jumpa pengantin bila nak balik. Apatah lagi nak snap-snap gambar. Huuuu…T_T. Dalam kereta call Lia and bagitau terpaksa balik sebab baby Porsha dah meragam. Nasib dia pun faham. So just wish her Selamat Pengantin Baru and Good Luck for her new life. Dalam kereta Porsha dah senyap. Hannah pun dah nak lena-lena. Babies kan suka bila naik kereta. So, kesimpulannya, that’s how my nasi minyak event. Nak wat macam mana. Tak kisah pun. Dapat jumpa kawan-kawan pun dah okey dah. Kat bawah ni ada la beberapa keping gambar yang saya curi dari En. Ghali yang dia post kat Yahoo!Groups. Ghali, saya curi ye. Jangan nanti kata tak minta izin lak. Hahaha.

dua sejoli dah boleh joli-joli

dua sejoli dah boleh joli-joli

muka-muka kelaparan

muka-muka kelaparan

posing sambil ceduk lauk

posing sambil ceduk lauk

pengantin beramah mesra dengan tetamu kehormat

pengantin beramah mesra dengan tetamu kehormat

mari bergambar bersama

mari bergambar bersama

baby Porsha sebelum menangis

baby Porsha sebelum menangis