Category Archives: Makan-makan

Puding roti

Piawai

Lately saya suka sangat masak/baked puding roti. Nak kata sedap sangat, biasa je la (mana ada tukang masak puji masakan sendiri ye dok?). Tapi En. Suami dan kawan-kawan opis kata sedap la (taste bud depa rosak kut..huhuhu).

Nak buat dia simple je. Tak banyak pakai bahan sangat pun. Saya pun main campak-campak je. Tak berapa sukat sangat. Hahaha. So, meh la saya bagi resipi cara-cara nak masak puding roti ni.

Bahan-bahan puding roti:

1. Roti – 5 ke 8 keping (bergantung korang nak buat banyak ke sikit)

2. Fresh milk – 2 cawan (nak guna susu Ideal or full cream or low fat pun boleh)

3. Gula – 2 sudu besar

4. Butter

5. Kismis

6. Telur – 3 ke 4 biji (gred A punya telur. Kalo gred B, tambah la jadi 5 biji)

7. Esen vanilla

8. Serbuk kayu manis (optional)

 

Bahan-bahan sos:

1. Fresh milk – 1 1/2 cawan

2. Gula – 2 sudu besar

3. Tepung kastard – 1 sudu besar

 

Cara-cara buat puding roti:

1. Mula-mula, sapu bekas membakar dengan butter. Ni supaya tak nak bagi puding roti tu nanti melekat kat bekas tu.

2. Carik-carikkan roti. Tak kisah nak carik besar ke kecik. Ikut suka hati dan selera sendiri ye.

3. Susun roti dalam bekas membakar. Ini pun ikut suka hati uolls la.

4. Potong kecik-kecik butter dan dollop kan atas roti yang dah disusun tadi.

5. Taburkan kismis sebanyak mana yang uolls suka. Saya suka banyak-banyak.

6. Ulang langkah 2 – 5 beberapa lapis ikut besar mana bekas yang uolls guna.

 

Nanti akan jadi begini ye bila dah buat langkah 2 – 5.

7. Dalam mixing bowl, pukul fresh milk, gula dan telur hingga gula hancur.

 

8. Masukkan esen vanilla dan serbuk kayu manis.

 

9. Tuangkan campuran bahan-bahan tadi ke dalam bekas roti. Biarkan roti direndam selama 10 minit. Sambil tu, boleh la pre-heat kan oven selama 10 minit pada suhu 180 darjah Celcius.

10. Lepas 10 minit, bakar roti selama 30 – 40 minit pada suhu yang sama.

 

Dah siap! Eh, belum lagi. Nak buat sos dia pulak.

Cara-cara buat sos:

1. Campurkan fresh milk dan gula dalam satu periuk kecil. Masak atas api sederhana.

2. Masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit fresh milk. Kacau rata.

3. Tutup api dan biarkan sos sejuk.

 

Bila sos dah sejuk, boleh la tuangkan atas puding roti yang telah dipotong kecil. Sesuai untuk minum petang atau sebagai dessert.

Selamat mencuba.

Wear Red + Buy 1 = Free 1

Piawai

It’s back!

Kenny Rogers Roasters Eating Day or RED.

All you need is:

1. Wear any RED clothing or shoe or accessories
2. Buy 1 Kenny’s Quarter Meal
3. And get free another Kenny’s Quarter Meal!

Isn’t that simple? Only on 11th January 2012 (which is tomorrow).

So, go grab a friend (or three or five) and march to the nearest Kenny Rogers outlet. And don’t forget to wear RED!

Masak-masak II

Piawai

Lately saya terajin untuk masak-masak. Ada la 2-3 resipi baru yang saya cuba, modified, improvised, dan boleh dicuba lagi suatu hari nanti. Dan resipi-resipi ni saya cuba nak buat konon-konon macam healthy meal tapi ada je selit-selit benda yang tak berapa nak healthy-nya.

Antaranya ialah:

Grilled salmon with white sauce, scrambled egg and steamed veggies.


Grilled chicken breast with white sauce, scrambled egg, steamed mix veggies, and fries.


Steamed ginger chicken.

Nampak macam sedapkan? Sedap la kut sebab En. Suami puji melambung-lambung (hahaha…gila perasan dan poyo saya ni kan?). Saya suka grilled salmon tu. Nanti nak try buat herbs rice pula. Boleh buat ala-ala macam yang saya makan di Manhattan Fish Market di Jusco Tebrau City hari tu.

Kalau ada antara kamu ada resipi/dishes yang best-best untuk dikongsi bersama, sila emel saya. Ok, nak cari menu untuk dinner malam ni pula. Ciao.

Pasar ikan di Manhattan?

Piawai

Masa jalan-jalan di Jusco Tebrau City hari tu, kami singgah makan di Pasar Ikan Manhattan (read: The Manhattan Fish Market). Sebab makan di sini? Macam biasa la. Must try something new and yang tak ada di Ipoh. Hahaha. Tapi saya rasa orang Ipoh yang selalu berulang ke KL dah jenuh kut melantak seafood kat situ kan. Saya je yang ketinggalan zaman sikit.

Ok la, cut the story short. Meh tengok gambar ye.


Pasar Ikan Manhattan

Hannah tengah fikir nak makan apa…

Makanan dah sampai…yummm…

Starter – Fried Country Mushrooms with Honey Cajun Mustard dipping

My drink – Tropical Breeze

His drink – Oreo Kaboom!

My main dish – Manhattan Grilled Norwegian Salmon with Garlic Herb Rice

His main dish – Manhattan Fish n’ Chips (En. Suami pilih ikan neil perch dan sumpah saya tak tau itu ikan apa)

Makanan tu, kami dah makan baru teringat nak snap gambar. Huhuhu. Bagi kami ok la kut menu dia. Saya memang kenyang sampai malam la. Harga pun ok. Not too pricey. Tak mahal macam makan kat Tony Roma’s hari tu. Dish saya tu, salmon dia memang besar. Puas hati. Nanti boleh datang makan lagi kut (entah bila-bilanya nak makan lagi).

Ok la. Sekian laporan makan-makan saya untuk kali ini. Ciao.

Domino’s – The Delivery Expert finally arrived in Ipoh

Piawai

Domino’s baru sampai Ipoh. Sampai-sampai, terus bukak 2 outlet. The maiden outlet di Medan Ipoh Bistari (satu row dengan Brothers dan Lorenzo). The other outlet di Medan Gopeng (satu row dengan CIMB).

Last time saya makan Domino’s masa zaman di UPM dulu. 2005. Huh, 5 years ago? Seingat saya di The Mines. Zaman tengah berkapel-kapel dengan En. Suami. Lepas tu dah tak makan dah. Ye la, dah balik Ipoh. Mana nak mencari Domino’s nya.

So, for dinner hari ni kami melantak Domino’s setelah 5 tahun tak makan. Ambil Deal 3 which consist of 2 regular pizzas, breadstix and 1.5l bottle of Coke.

Made fresh. Arrives fresh.

Meat Mania – beef pepperoni, beef sausages, ground beef, chicken potpourri sausages & olives

Extravaganzza – beef pepperoni, ground beef, onions, green pepper, mushroom & olives.

Jangan bandingkan Domino’s dengan Pizza Hut or Shakey’s (sayang dah tutup yang kat Tesco Station 18). Domino’s takde pan pizza (doh yang tebal tu). Semuanya doh nipis. Saya lagi suka sebab topping lebih banyak daripada doh. Dan Domino’s lebih kepada delivery rather than dine-in. So jangan terkejut bila tengok ruang dine-in yang hanya boleh accommodate less than 20 people per time  (tak silap saya ada 8 meja je).

Anyway, pada warga Ipoh yang masih belum merasa keenakkan thin crust Domino’s, sila la serbu outlet yang berdekatan atau telefon untuk penghantaran percuma – 1-300-888-333 atau boleh juga order secara online di sini. Oh, Domino’s lebih murah berbanding Pizza Hut. Dan tak ada tax. Bagaimana harga pada menu, begitu la harga pada bil.

Ok la. Ciao.

David’s Diner

Piawai

Ni entri nak buat ulasan kedai makan restoran.

This diner berdekatan dengan Institut Teknologi Perak dan Hajaba (area Greentown Square). My friend, Wan Linda yang mempromotekan pada kami di Fesbuknya few months back. So, few weeks ago kami pun terjah la ke situ.

Makanan dia ala-ala American sebab motto dia “Makanan Amerika Sebenar” or “Truely American Food”. Hehehe. Dishes dia not bad cumanya…buku menu dia sangat menyedihkan ye adik-adik. All the dishes tak ada details yang lengkap. Maksudnya, kalau menu tu nama dia Grilled Chicken, bagitau la chicken tu digrilled dengan apa; Italian Herbs ke, lemon grass+garlic+ginger ke. And ada include dengan side dishes sekali ke. Ini tak. Macam menu restoran Kak Jah Tomyam je.

Anyway, tak pe la. Kita tengok apa yang kami pelahap pada hari kejadian.

Oh, yang ini tak ada dalam menu ye. Hik!

My starter – Garden Salad

His starter & drink – Mushroom Soup & Watermelon Juice

Our appetizer – Egg Roll & Shrimp Roll

My main course – Grilled Chicken with two side dishes; fries & mashed potatoes

His main course – Deep Fried Fish with two side dishes; baked potato & coleslaw

Patutnya ada dessert sekali tapi disebabkan kami dah buntat kekenyangan (portion for main dish sangat banyak ye), lantas dessert yang bernama Blonde Brownie tu terpaksa ditapau sahaja.

Kami ambil set one each. It was around RM30 for one set and the set included one drink (juices or others), appetizer (mushroom soup or garden salad), another mouthwasher (egg rolls or shrimp rolls), main course with two side dishes (choose from menu), and dessert ( brownies or others). That’s quite cheap la considering the quality and portion of the food served.

Oh jangan risau, restoran ini Halal dan ada Sijil JAKIM yang sah ye. Sesiapa yang rasa berminat dan terliur, boleh la mencuba.

Sekian laporan saya. Terima kasih.

Sugar please!

Piawai

Biasanya kalau kamu makan piza, kamu akan makan piza tu dengan apa? Ada orang akan makan dengan cheese powder. Ada orang akan makan dengan sos cili or tomato. Ada orang akan cicah dengan sup.

Tapi kamu pernah tengok orang makan macam ni tak?

Yeah. That’s pizza with sugar!

Pelik tak pelik kan. Saya dah makan piza dengan gula since saya kenal piza lebih kurang 20 tahun yang lalu. Kakak saya yang introduce cara makan begitu. Dakyah mana dia dapat, saya pun tak tahu. Hehehe.

Tiap kali makan piza di Pizza Hut or Shakey’s or Domino’s, saya akan mintak gula. Dan pelayan-pelayan tu akan pelik sebab saya mintak gula untuk apa. Saya bukannya ada order kopi atau teh. Tapi diorang bagi jugak la kan. Orang yang duduk meja berdekatan pun akan pelik tengok saya makan piza dengan gula. Ah, what the heck! That’s my way enjoying my food. And I’m loving it. Parap pa pa pa…(eh…silap slogan la).

Kamu ada cara sendiri menikmati makanan kegemaran kamu? Tak kisah makan roti canai dengan sambal belacan ke. Nasi lemak dengan cheese ke. Jom kongsi kepelikkan itu dengan saya supaya saya tak rasa pelik sorang-sorang. Hahaha.