Category Archives: Movie

Forte, New Moon dan Cik Viva eksiden

Piawai

1. Semalam keluar dating dengan En. Suami. Of course without Hannah. Hannah tinggal dengan Acik Lela dia. Hahaha. Memang dah lama gila tak keluar berdua-duaan dengan En. Suami. Last sekali about 6 months ago. Masa tengok Transformers 2. Kali ni pun keluar dating sebab nak tengok movie. Pagi tu breakfast kat Restoran Sungai Tapah (sebelah Masjid Manjoi yag kaler biru tu). Kuewtiao kungfu dia best. Jenuh saya nak habiskan.

2. Kami pergi showroom Naza di Jalan Lahat. Nak tengok Forte. En. Suami dah tengok dulu sebelum ni. Daripada cerita En. Suami, macam best je Forte ni. Dia ada 1.6 EX, 1.6 SX dan 2.0 SX. Yang 2.0 SX tu next year baru keluar. So yang ada cuma 1.6 EX dan 1.6 SX je la yang boleh tengok. And of course kami tengok yang 1.6 SX sebab yang tu full-spec. EX basic je. Tak best. Feature yang paling best and futuristic kat Forte ni is dia tak guna kunci untuk start the engine. Just push a start button je. Memang key-less. Masa test drive, salesgirl yang duduk kat belakang yang pegang ‘kunci’ kereta. Canggih tu. Nak tau lagi pasal Forte ni sila la ke sini.

3. Lepas Jumaat, tengok New Moon. Yeay! Whoa! Jake is so hottie! Hehehe. Tapi saya lagi suka bila dia berambut panjang itu. Beautiful. Bak kata Bella. Scene romantic bila Edward mengungkapkan semula dialog Romeo. Serius romantic. Scary scene bila Heidi (bad vampire cum tour guide) bawak a pack of tourist masuk ke dalam bilik Volturis tu. Walaupun tak tunjuk yang tourist tu jadi ‘hidangan makan tengahari’, tapi otak saya dok ligat cuba membayangkan apa yang terjadi. Gila scary. Ending yang “Huh? Habis dah?”. En. Suami tetiba nak beli buku ke-3 of Twilight series, Eclipse sebab nak tau apa jadi lepas tu. Kita beli terus 1 set la ye? Ok la cerita dia. Takat nak layan syok-syok. Hehehe. So, kamu team mana? Edward or Jacob? Saya masih setia dengan team En. Suami. Hahaha.

4. Masa nak ambil En. Suami kat Masjid Negeri lepas Jumaat, saya terlalu kat jalan pintas kat masjid sebelah hospital besar (jangan tanya macam mana saya boleh terlalu kat situ). Entah macam mana, mungkin saya yang rabun, saya terlanggar bahu jalan (jenis bahu jalan yang curvy tu). Dengar je bunyi dia, saya tau yang mesti teruk bumper Cik Viva tu. Time reverse, pun teruk gak bunyi dia. Aduyai…orang-orang lelaki yang baru keluar dari masjid, dah tengok-tengok. Mesti ingat saya baru dapat lesen. Cis! Nasib tak langgar kereta depan. Kalau tidak lagi haru. And nasib la Cik Via tu kereta saya. Kalau itu kereta En. Suami, kompem dah kena bebel seharian. Wuwuwu. Masa dah sampai kat Masjid Negeri, saya pun tengok la rupa paras bumper Cik Viva. Whoa! Memang teruk. En. Suami dah geleng-geleng kepala. Nasib bumper ori so dia tak patah ke hapa ke. Kalau tak, nangis je la.

5. Esok nak pergi PD. Barang tak pack lagi. Hahaha. Dah pukul 1.43am. Nak tidur. Ciao.

Advertisements

Transformers = Awesome!!!

Piawai

Baru lepas habis tengok Transformers: Revenge of The Fallen. Totally AWESOME!!! Berbaloi RM20 (2 tiket kan). Di TGV Ipoh, 3 houses menayangkan Transformers pada jam 3.30pm. Saya tengok di house 2. Dan memang full house. Start je movie, saya terus rasa macam kena gam gajah di kerusi cinema. Macam kanak-kanak kecil yang masuk candy shop pun ada. Memang best! Ohhh…saya tak tau nak gambarkan macam mana. Kamu pergi la tengok sendiri. Baru tahu dan puas hati. Saya dan En. Suami memang puas hati sangat-sangat. 11 out of 10.

Nota kaki: Saya tak mahu jadi spoiler. =P

Slumdog Millionaire

Piawai

No wonder this movie won 8 Academy Awards out of 10 nominations. And 1 of it is the Best Picture. Saya tonton DVD movie ni malam Ahad yang lepas (salah satu daripada 3 DVD yang dibeli di Prangin Mall). Cerita ni memang best. Tak macam other typical Indian movie. Maybe sebab dia takde scene nyanyi-nyanyi dan menari-nari kecuali di akhir cerita (original version of Jai Ho nyanyian A.R. Rahman and siapa lagi entah).

slumdog-millionaire

Hati saya tersentuh dengan cerita-cerita flashback Jamal yang berkait dengan soalan-soalan dalam Who Wants To Be A Millionaire tu. Kesungguhan dia nak cari semula Latika walaupun dah beberapa kali terpisah (kira cinta sejati la ni). But the most favourite scene yang saya and En. Suami memang akan gelak sakan bila cerita balik adalah scene Jamal dalam jamban kat tepi sungai. Demi nak dapatkan autograph Amitabh Bachchan, sanggup terjun dalam lubang jamban dan dengan badan yang penuh diselaputi you-know-what, berlari-lari di celah-celah orang ramai menuju ke arah idolanya itu. Hahaha. Memang lawak la.

slumdog

Pada sesiapa yang tak tahu, adik-adik kecil yang melakonkan watak Salim dan Latika iaitu Azharuddin dan Rubina Ali are childs from the Mumbai slums in real life. Ya, mereka adalah kanak-kanak seperti di dalam cerita itu. Begitu juga dengan kanak-kanak lain yang menjadi pelakon-pelakon tambahan. They live in poverty. That’s the real India,  some said. Memang sedihkan. Kiranya berlakon dalam movie ni memang betul-betul menjadikan mereka Slumdog Millionaire.

slumdog-millionaire-10

slumdog-millionaire-12

.:Pics thanks to Google

Kaki wayang

Piawai

Saya sudah lama tidak menonton wayang di cinema. Kali terakhir saya ke cinema ketika saya mengandung 5 bulan. Saya dan En. Suami menonton filem Hancock. Saya rasa itu dalam bulan Ogos. Wah!! Sudah 7 bulan saya tidak pergi menonton wayang. Satu pencapaian yang saya tak pernah buat.

Dulu ketika zaman remaja-tak-ingat-dunia, hampir sebulan sekali saya pergi menonton wayang (saya bukan kaki wayang tegar yang seminggu 2-3 kali pergi cinema). Tak kisah la dengan sesiapa; En. Boipren, roomates, classmates, ex-school mates. Malah kalau dah takde sesiapa nak diajak, saya pergi tengok sorang-sorang. Alah, berapa jauh sangat la Mines tu dengan UPM.

Tapi sekarang ni, saya sudah tiada masa mahu menonton wayang di cinema. Actually ada masa. Tapi takkan lah kami mahu tinggalkan Hannah di rumah pengasuh semata-mata mahu pergi menonton wayang. Tak bagus tu. Saya bukan mahu kata bila sudah ada anak saya tidak boleh nak berjoli-joli seperti dulu dengan En. Suami. Boleh. Cuma kami kena ubah sedikit gaya hidup kami dahulu. Instead of tengok movie di cinema, kita tengok di rumah. Beli DVD. Download secara haram di internet (ini yang kami selalu buat termasuk drama series…kikiki).

Banyak filem-filem menarik yang saya sudah terlepas mahu menontonnya. Akan datang ni pula, ada banyak lagi filem-filem menarik yang memang di dalam senarai wajib tonton saya. So, memang nak kena download haram la ni nampak gayanya. Bawah ni nak promo sikit filem-filem wajib tonton saya. Hehehe. Kamu semua boleh bagi komen sekiranya ada antara filem-filem ini yang kamu sudah tonton. Bolehkan? Atau kamu ada filem-filem lain selain daripada senarai saya ini yang boleh kamu recommendkan kepada saya untuk saya donwload dan tonton.

Twilight

Twilight

confessions of a shopaholic

Confessions Of A Shopaholic

race to witch mountain

Race To Witch Mountain

Marley & Me

Marley & Me

Fast & Furious 4

Fast & Furious 4

the_international

The International

x-men-origins-wolverine

X-Men Origins: Wolverine

Angels & Demons

Angels & Demons

Transformers 2

Transformers: Revenge Of The Fallen

Ice Age 3

Ice Age 3: Dawn Of The Dinosaur

night at the museum

Night At The Museum: Battle Of The Smithsonian

Harry Potter

Harry Potter And The Half Blood Prince