Category Archives: Shopping

The Red Shoe

Piawai

After nearly a year of searching, finally found the perfect red shoe to replace this red shoe yang dah kena tong-sampahkan sebab dah rosak. Yeay!

Terjumpa di Nose Aeon Station 18. First time pergi, a bit hesitate nak beli. A little too high for me. 5 inch heel and 1 inch platform. Risau tak reti nak balance masa jalan.

Second time pergi, dah tak fikir panjang dah. Terus beli je. Hahaha. Esok tu terus pakai ke kolej. Nah, mak budak yang kemetot ni terus tambah 5 inch uolls. Nasib ok masa berjalan. Nak berlari-lari anak pun boleh.

Terdapat di dalam warna hitam dan putih juga. Got another shoe yang catching my eyes as well. Suede peep toe platform heel warna pink and turquoise. Sooo colour block. Tapi…dah tak cukup moolah nak beli. Ngeheehee. Lain kali la.

Apa-apa pun, mak puas hati noks!

Advertisements

Wishlist for 2012

Piawai

Salam semua.

Hari ni nak cerita pasal wishlist. Kalo ada yang ingat, ini wishlist saya pada tahun 2010. Tahun 2011 tak buat wishlist. Malas.

So, tahun ni nak kembali buat wishlist. Nak update yang lama tu jugak. Ada antaranya yang dah dapat tapi tak buang lagi. Nak tambah yang baru lagi. Hohoho. Suka je kan buat wishlist ni. Barangnya dapat tak dapat, belakang kira. Biar berangan sampai langit ke tujuh!

Nikon 1 J1. Compact camera with interchangeable lens. Dah takmo DSLR. Very the big and heavy nak bawak sana sini. Nak masuk dalam henbeg I yang dah sedia besar tu pun tak muat. Wajib kaler merah.

Smartassphone. Saja mengada walau hakikat Nokia 5800 XpressMusic masih boleh berfungsi dengan agak jayanya.  Nak try guna Android punya OS. Kalo ada warna merah lagi I loikee.

SK-II. Bukan nak the whole set macam kat atas ni (tapi kalo ada moolah lebih boleh la kut). Takat dapat beli Facial Essence Treatment (a.k.a Miracle Water) dia sebotol cukup la. Bila umur dah masuk 30an ni, rasanya layak la kut nak guna jenama yang mehe sikit. Dulu tak mampu.

Mountain bike. Sebab En. Suami pun ada, so saya pun nak satu jugak. Yang sebelah atas tu Giant Revel. Yang bawah tu pulak GT Laguna. Ini pun kira macam mengada-ngada jugak la. Entah bila-bila nak pergi mengayuhnya, tak tau la.

Ni je la dulu kut wishlist saya. Nanti kut teringat benda lain, boleh la update lagi. Hahaha.

Kbai.

Bag Kereta Kuda bukan bag Jurulatih

Piawai

Hooray! Akhirnya saya dah boleh kurangkan beberapa item dalam senarai wish list saya. Antaranya ialah bag jenama Kereta Kuda (bukan jenama Jurulatih ye adik-adik).

So, ini la yang saya berjaya rembat di kedai Kereta Kuda di OU last Saturday…


Madison dotted opt art top handle pouch

Walaupun beli yang paling murah (kalau dalam USD, patutnya murah la kan), tapi saya sangat berpuas hati sebab ianya yang pertama. Cumanya, ini adalah pilihan kedua. Pilihan pertama saya tu belum available lagi di Malaysia. Kata salesperson tu, mid March baru arrive. Kecewa la sekejap kan.

Ini pilihan pertama…


Kristin leather top handle pouch

Maybe next time la kut (kalau ada next time la kan). And next time nak order/pesan kat sesiapa yang nak pergi berfoya-foya di oversea. Sebabnya, kat Malaysia serius mahal! Ini semua tax and duty punya pasal. Cheesecake betul.

Next item yang nak dijadikan sasaran ialah ini…

Hasutan syaitan

Piawai

Saya tak tahu hantu syaitan mana yang telah berbisik kata-kata hasutan kepada saya supaya singgah masuk ke Ariani dan pilih, dan pilih, dan pilih, dan beli kesemua yang dipilih. Cis!

Nota kaki: Ini yang pertama dan mungkin yang terakhir saya membeli-belah di Ariani.

Vroomm…vroomm…

Piawai

Mula-mula ingat nak letak semua gambar sepanjang pemasangan. Tapi saya malas nak transfer gambar dari henpon ke laptop. So letak yang masih berbungkus dan yang dah siap pasang je la ye.

Apa dia? Ini dia….

MPC-R1 Racing Simulator Cockpit

Semi-Bucket seat, Logitech G27 Racing Wheel (set of steering wheel, gear and pedals), main frame, and ButtKicker

Hannah dah tak sabar nak cuba-try-test

Kelmarin pergi KL, ambil benda ni la (selain ada kenduri kahwin). Kalau kamu nak tau harganya berapa untuk semua yang di dalam gambar pertama tu, boleh la ke sini. En. Suami ambil Racing Pack-4 + LCD Stand + ButtKicker. Kamu kira la sendiri kalau nak tau banyak mana poket En. Suami dah rabak. Hohoho. Pesanan saya 1 je: nanti takde duit, gigit la sikit-sikit steering wheel, frame, pedal, gear tu semua ye.

Ok la. Nanti saya letak pics saya tengah beraksi ye. Nak kena tunggu GT5 sampai hari ni (kut). Ciao.

Belated

Piawai

Belated birthday present from En. Suami. Dah tiba masanya kena tukar yang baru. “Mata” lama dah tak berfungsi dengan baik. Penuh scratches and coated pun dah hancur. Tambah pulak dengan Hannah yang selalu melepas geram dengan mencampakkannya ke lantai or dinding. Wuuu…

Hopefully yang baru ni Hannah takde la buat campak-campak. Sebabnya, harga dia membuatkan saya rasa the next 10 years baru tukar lain kut. Huhuhu.

Nota kaki: Harga lense 6 kali ganda daripada harga frame. Kopak En. Suami saya kerjakan. Huhuhu. Anyway, terima kasih ye…

Jalan-jalan Genting: Part Dos

Piawai

Sambung cerita jalan-jalan.

The next day.

Ni time breakfast. Orang ramai tak ingat. Menu biasa-biasa je.

Anak dan bapa.

Bebas berlari sana-sini.

Time ni berjalan berdua-duaan dengan Hannah je.

CAK! Ngeee…

Dah kat atas tu la baru gedik-gedik nak buat fish spa. Nasib Hannah tengah tidur time ni. Tu pun nasib tak buat dengan foot and back massage sekali. Mau barai duit kalau buat yang tu jugak.

Hannah dah bangun. Lepas tu dok tunjuk-tunjuk kat air. “A-i! A-i!”

Nak bergambor dengan fountain rupanya.

Sekitar First World Plaza.

Kat Pavilion. Tak tau nak makan kat mana. Apa-apa misi mesti makan yang takde di Ipoh.

Last-last ke sini…Carl’s Junior.

True American’s burger. Besar weh. Jenuh nak habiskan. Mine – Portobello Mushroom. His – Double Western.

Muka kepenatan. Bila nak habis ni…

Dah kenyang, kita jalan-jalan pulak. Ni cubaan nak jadi model Warehouse and DKNY.

Dah penat jalan, kita duduk pulak.

Lepas duduk-duduk, sambung jalan-jalan dan posing-posing lagi.

Sebenarnya, dah tak larat nak jalan-jalan kat Pavilion tu. Tambahan tak ada kedai yang boleh masuk. Saya tak mampu nak tolak pintu butik-butik kat situ. Berat sangat. Hahaha. Tapi ada la beli sepasang kasut dan handbag dari Charles & Keith.

Ok la. Sambung di Part Tres pulak ye.