Monthly Archives: Ogos 2009

Recap seminggu

Piawai

Saya masih lagi dalam mode super busy. Apa yang busy sangatnya, saya pun tak tahu. Hohoho.

1. Rabu minggu lepas Hannah demam. The worst fever she ever got. Temperature cecah 39.7 degrees. Kesian tengok dia. Dukung sekejap-sekejap dah terus terlena sebab dia tak larat sangat. Sepanjang 5 hari Hannah demam, saya memang risau bangat. Risau kut-kut demam lain. Alhamdulillah bukan. Tidur pun tak berapa nak lena sebab kena bangun nak check temperature and nak lap badan dia dengan air. Ahad tu dia dah okey dah. Sebab dia dah ronda satu hall rumah andung dia kat Kuala tu. Hehehe.

2. Hari first puasa saya laki bini terlepas sahur. Hahaha. Sedar-sedar dah pukul 6am. Mana taknya, pukul 3am sebelum tu dah terjaga sebab nak tengok-tengokkan keadaan Hannah. Nasib siang tu tak terasa lapar.

3. Gaji dah masuk dan dah nak habis. Bil elektrik naik bulan lepas. Nampak sangat kena kurangkan penggunaan elektrik untuk benda-benda yang tak sepatutnya.

4. Hujung minggu ni saya akan super duper busy dan berpinar mata. Sebabnya saya nak kena tengok 110 websites students saya yang diorang developed untuk Project 1. Nak ken1a check coding HTML lagi. Nak check written documentation lagi. Tolong!

5. Hari Isnin hari tu saya ada sesi observation. Pengarah, Timbalan Pengarah dan HoD akan masuk ke kelas yang saya ajar dan buat observation. Tapi Timbalan Pengarah called pagi tu kata cancel sebab dia ada kelas dan HoD ada meeting di KL. Hooray la saya sekejap. But masa in the middle of lecture kelas yang sepatutnya diorang buat observation tu, tiba-tiba muncul la Pengarah. Hoh! Dah jadi pulak ke? Rupa-rupanya dia tak diberitahu yang observation tu cancel. Tapi sebab dia dah datang, so jadi la even dia sorang je yang observe. Oleh itu, saya mengajar macam students saya tak paham sebab saya jadi gabra dan tak boleh nak mengajar ikut cara saya macam biasa. Ohhh…

6. Hari Merdeka nanti, teman-teman sekolah dulu ajak sesi berbuka puasa bersama. Annual event. Tapi belum decide lagi nak pergi mana. Ipoh banyak mana sangat la pun tempat yang best nak makan. Actually banyak tapi kompen non-halal la. Siap pork free lagi. Wakaka. Ingat nak try kat Syuen. Murah. Buffet Ramadhan Rm19.90. Saya dan En. Suami tak bersanggupan nak spend more than RM50 untuk buffet. Macam membazir je.

7. Nak kena beli walker untuk Hannah. Dia sekarang dah ligat nak menyulur sana sini merangkap dah jadi unofficial mop kat rumah tu. Habis semua habuk dia mop dengan baju dia. Itu belum masuk dia asyik nak gigit tikar getah and tikar buluh kat dapur tu.

8. Hari Selasa hari tu dah bershopping barang-barang Hannah di MyBBStore. Tapi tak boleh nak buat payment lagi sebab CIMB Clicks macam hampehs. Nak load home page pun slow. Bila dah boleh load and login, lepas tu terus page cannot be displayed. Urgghh. Geram betul. Masa nak bayar semua bills hari tu pun sama. Maybank2U juga yang bagus. Lepas ni nanti withdraw duit dari CIMB lepas tu masukkan ke Maybank.

9. Saya dah terjebak dengan FarmVille di Facebook. Hari tu dengan Barn Buddy. Tapi rasa Barn Buddy dah tak best. Yang best sebab dia boleh curi hasil tanaman orang lain je. FarmVille eventhough tak boleh nak mencuri, tapi boleh nak decorate ladang tu. Saya jeles dengan ladang kawan-kawan saya yang dah level tinggi-tinggi. Termasuk ladang En. Suami. Semuanya cantik-cantik. Terpaksa bekerja keras lagi. Lalala.

10. Hari Selasa saya hampir-hampir nak jadi Gunung Merapi sebab ada students yang tak siapkan lagi Project 1 mereka. Dah bagi extra seminggu pun tak siap lagi. Malas nak bebel banyak sebab bulan puasa. Kurangkan pahala saya je. Terpulang la pada diorang. Nak markah, buat dan hantar. Nak 0, tak payah hantar. Jumpa lagi semester depan je la ye.

Dah. Sekian laporan untuk hari ini. Ciao.

Marhaban Ya Ramadhan

Piawai
Image from DeviantArt by HasanKaz

Image from DeviantArt by HasanKaz

Salam Ramadhan buat semua Muslimin dan Muslimat di seantero pelusuk dunia. Moga Ramadhan tahun ini akan lebih barakah. Jangan lupa solat Tarawikh.

Nota kaki: Psst…ingat lagi tak niat berpuasa?