Monthly Archives: Jun 2010

Hannah masuk kolej

Piawai

Jumaat last 2 weeks, saya bawa Hannah datang ke kolej. Baby sitter Hannah cuti nak ke Penang. Anak buah suaminya nak kahwin. Mulanya En. Suami dah offer diri nak EL pada hari tersebut untuk jaga Hannah. Tapi tiba-tiba dia ada meeting penting selepas solat Jumaat tu. So, nak tak nak saya kena bawa juga Hannah ke kolej. Saya bukan tak boleh nak EL tapi nanti banyak sangat mak nenek yang nak kena soal jawabnya.

Nasib la sepanjang di kolej tu Hannah behave. Takde nak meragam ke. Dia syok dapat explore tempat baru. Kamu tengok je la gambar ye.

Belakang tu tempat Kak Yud. Senior lecturer kat situ. Tempat dia penuh dengan hasil kerja ex-students dan current students dia. Belakang tu je yang banyak barang. Meja dia kemas.

Jalan-jalan melihat kawasan sekitar.

Tengah main fridge magnet. Sorry la Hannah, mama takde fridge magnet kaler-kaler and cute-cute macam fridge magnet Auntie Reen.

Leka main magnet.

Siap dengan comforter, tikar, toys, bantal busuks, buku, majalah, etc. Memang picnic la. Hahaha.

Nanti boleh la bawak Hannah lagi. Tapi takut dia boring la tak ada kawan nak main.

Sugar please!

Piawai

Biasanya kalau kamu makan piza, kamu akan makan piza tu dengan apa? Ada orang akan makan dengan cheese powder. Ada orang akan makan dengan sos cili or tomato. Ada orang akan cicah dengan sup.

Tapi kamu pernah tengok orang makan macam ni tak?

Yeah. That’s pizza with sugar!

Pelik tak pelik kan. Saya dah makan piza dengan gula since saya kenal piza lebih kurang 20 tahun yang lalu. Kakak saya yang introduce cara makan begitu. Dakyah mana dia dapat, saya pun tak tahu. Hehehe.

Tiap kali makan piza di Pizza Hut or Shakey’s or Domino’s, saya akan mintak gula. Dan pelayan-pelayan tu akan pelik sebab saya mintak gula untuk apa. Saya bukannya ada order kopi atau teh. Tapi diorang bagi jugak la kan. Orang yang duduk meja berdekatan pun akan pelik tengok saya makan piza dengan gula. Ah, what the heck! That’s my way enjoying my food. And I’m loving it. Parap pa pa pa…(eh…silap slogan la).

Kamu ada cara sendiri menikmati makanan kegemaran kamu? Tak kisah makan roti canai dengan sambal belacan ke. Nasi lemak dengan cheese ke. Jom kongsi kepelikkan itu dengan saya supaya saya tak rasa pelik sorang-sorang. Hahaha.

Kebaya pendek berwarna merah

Piawai

Last Saturday ada keduri kawen one of my BFF masa sekolah dulu. Dia buat dekat Dewan Silveritage di Medan Gopeng. Kenduri dia malam. Tapi saya dengan konfidennya ingat siang . Siap bergaduh-gaduh dengan En. Suami lagi kata siang. Pergi-pergi, kenduri orang lain. Nasib tak duduk makan lagi. Terpaksa la En. Suami malu-malu alah ambil semula hadiah. Isk! So, malam tu saya gigih la pergi sorang-sorang.

Err…actually saya bukan nak cerita pasal kenduri tu sebenarnya. Saya nak cerita pasal benda lain. Pasal baju.

Masa saya nak bersiap-siap pergi kenduri tu (malam), saya tak tahu nak pakai baju apa. Lalu saya terpandangkan baju kebaya pendek berwarna merah yang dah sekian kurun saya tak pakai. Saya ingat first time pakai masa dinner kolej dulu. Beli pun sebab nak tema merah hitam.

Saya pun ambil baju tu dan gosok. Bila pakai je, saya rasa something wrong somewhere. Bukan sebab dah tak muat (figure saya lari sikit je daripada sebelum beranak dulu), tapi sebab saya rasa dah tak sesuai saya pakai kebaya pendek. I’m not a single girl trying to find a guy to hook up with. Hahaha. Saya sudah jadi mak orang. So, for me it’s not suitable to wear that kind (baju pendek-pendek) of clothes anymore. Saya pun ambil baju kurung yang lain dan gosok (dah 2 kali kerja kan).

Ya, dulu-dulu masa zaman muda-remaja-single-mingle, saya pakai all those skimpy clothes (tapi tak le skimpy sangat sampai nak ternampak segala celah-celah kan). But bila dah jadi isteri dan ibu ni, dah tak berapa nak sesuai la kut. Fikiran pun dah makin matang (ye ke?). Pemakaian pun kena nampak matang juga. Tapi tak la sampai orang konpius saya dengan mak saya pulak ye. Saya masih nak berfesyen-fesyen. Cumanya masih bermoral lagi la (saya pun tak tau fesyen tak bermoral tu macam mana…wahahaha!). Maksudnya tutup apa yang perlu ditutup la. Ala-ala muslimah gitu. Wahaha.

Saya tidak berubah dengan drastik. Sedikit-sedikit. At least ada perubahan daripada tak ada langsung kan. Ok la. Ciao.

Semester baru

Piawai

Salam.

Students baru dah masuk. Next week students lama pulak register. 5hb dah start mengajar balik. Oh, kembali la kepada kehidupan busy semula. Tak boleh la nak berpoya-poya dah (ceh, macam selama ni berpoya-poya sangat pun). 2 minggu ni nak kena cari semangat untuk mengajar semula.

Chaiyok-chaiyok!