Category Archives: Masak-masak

Puding roti

Piawai

Lately saya suka sangat masak/baked puding roti. Nak kata sedap sangat, biasa je la (mana ada tukang masak puji masakan sendiri ye dok?). Tapi En. Suami dan kawan-kawan opis kata sedap la (taste bud depa rosak kut..huhuhu).

Nak buat dia simple je. Tak banyak pakai bahan sangat pun. Saya pun main campak-campak je. Tak berapa sukat sangat. Hahaha. So, meh la saya bagi resipi cara-cara nak masak puding roti ni.

Bahan-bahan puding roti:

1. Roti – 5 ke 8 keping (bergantung korang nak buat banyak ke sikit)

2. Fresh milk – 2 cawan (nak guna susu Ideal or full cream or low fat pun boleh)

3. Gula – 2 sudu besar

4. Butter

5. Kismis

6. Telur – 3 ke 4 biji (gred A punya telur. Kalo gred B, tambah la jadi 5 biji)

7. Esen vanilla

8. Serbuk kayu manis (optional)

 

Bahan-bahan sos:

1. Fresh milk – 1 1/2 cawan

2. Gula – 2 sudu besar

3. Tepung kastard – 1 sudu besar

 

Cara-cara buat puding roti:

1. Mula-mula, sapu bekas membakar dengan butter. Ni supaya tak nak bagi puding roti tu nanti melekat kat bekas tu.

2. Carik-carikkan roti. Tak kisah nak carik besar ke kecik. Ikut suka hati dan selera sendiri ye.

3. Susun roti dalam bekas membakar. Ini pun ikut suka hati uolls la.

4. Potong kecik-kecik butter dan dollop kan atas roti yang dah disusun tadi.

5. Taburkan kismis sebanyak mana yang uolls suka. Saya suka banyak-banyak.

6. Ulang langkah 2 – 5 beberapa lapis ikut besar mana bekas yang uolls guna.

 

Nanti akan jadi begini ye bila dah buat langkah 2 – 5.

7. Dalam mixing bowl, pukul fresh milk, gula dan telur hingga gula hancur.

 

8. Masukkan esen vanilla dan serbuk kayu manis.

 

9. Tuangkan campuran bahan-bahan tadi ke dalam bekas roti. Biarkan roti direndam selama 10 minit. Sambil tu, boleh la pre-heat kan oven selama 10 minit pada suhu 180 darjah Celcius.

10. Lepas 10 minit, bakar roti selama 30 – 40 minit pada suhu yang sama.

 

Dah siap! Eh, belum lagi. Nak buat sos dia pulak.

Cara-cara buat sos:

1. Campurkan fresh milk dan gula dalam satu periuk kecil. Masak atas api sederhana.

2. Masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit fresh milk. Kacau rata.

3. Tutup api dan biarkan sos sejuk.

 

Bila sos dah sejuk, boleh la tuangkan atas puding roti yang telah dipotong kecil. Sesuai untuk minum petang atau sebagai dessert.

Selamat mencuba.

Masak-masak II

Piawai

Lately saya terajin untuk masak-masak. Ada la 2-3 resipi baru yang saya cuba, modified, improvised, dan boleh dicuba lagi suatu hari nanti. Dan resipi-resipi ni saya cuba nak buat konon-konon macam healthy meal tapi ada je selit-selit benda yang tak berapa nak healthy-nya.

Antaranya ialah:

Grilled salmon with white sauce, scrambled egg and steamed veggies.


Grilled chicken breast with white sauce, scrambled egg, steamed mix veggies, and fries.


Steamed ginger chicken.

Nampak macam sedapkan? Sedap la kut sebab En. Suami puji melambung-lambung (hahaha…gila perasan dan poyo saya ni kan?). Saya suka grilled salmon tu. Nanti nak try buat herbs rice pula. Boleh buat ala-ala macam yang saya makan di Manhattan Fish Market di Jusco Tebrau City hari tu.

Kalau ada antara kamu ada resipi/dishes yang best-best untuk dikongsi bersama, sila emel saya. Ok, nak cari menu untuk dinner malam ni pula. Ciao.

Healthy snacks for dinner

Piawai

2-3 menjak ni saya macam bermalas-malasan saja nak masak klungklang-klungklang. 1) Maybe sebab dah takde stock barang basah (ayam, ikan, daging) kat dalam freezer. 2) Tak ada idea or dah tak reti nak mereka nak masak apa.

Oleh yang demikian, saya pun buat la makanan yang senang untuk dimasak dan dimakan. *Wink-wink*.

Double-decker Sandwich

Ini suka hati korang la nak letak apa kat dalam dia. Mine are filled with lettuce (any type – butterhead, coral), tuna (mixed with shredded carrots, chopped onions and mayonnaise), chicken ham, cucumber, hard boiled egg, tomatoes, and cheese.

Chicken Tortilla Wrap

Yang ini pun sama la juga. Suka hati korang nak letak apa kat dalam dia. Saya punya ada lettuce, chicken strips (saya goreng dulu dengan tepung gandum + telur + bread crumbs), diced capsicums (guna 3 warna), shredded carrots, and tomatoes (sliced). Then drizzle some dressing on it (saya mixed thousand island + mayonnaise + chilli sauce). Roll it up and walla!

Senang, mudah dan cepat. I likeee.

Masak-masak

Piawai

*Ini bukan entri pasal memasak. Ini entri pasal set memasak.*

Saya tak la berapa pandai memasak. Tapi, saya sangat la teringin set memasak yang boleh me’motivate’ saya untuk lebih memasak (hebat tu…set memasak boleh motivate orang untuk memasak).

Dapat yang macam ni pun ok la kut.

Elegance set by Tefal

Or yang macam ini.

Evidence set by Tefal

Ada orang nak hadiahkan tak pada saya? Nanti bila dah ada, saya janji saya akan selalu memasak… :p

Breakfast simple

Piawai

Breakfast pagi tadi saya malas nak masak beria-ia. So, saya buat something yang simple tapi mengenyangkan. Sandwich. Lagipun dah lama tak buat tuna and eggs sandwiches. But nak buat extra special sikit. Jadi tambah la wedges as side dish. Hahaha.

Tuna & eggs sandwich with wedges

Tuna & eggs sandwich with wedges

Ni kalau jual mau RM5 sepinggan. Hehehe. Nak buat coleslaw tapi susu segar tak ada. Jemput makan ya.