Monthly Archives: Mac 2010

Canine

Piawai

Ini bukan cerita pasal anjing. Ni entri pasal gigi. Gigi siapa lagi kalau bukan gigi Cik Hannah.

Hannah dah nak tumbuh gigi taring atau bahasa saintifiknya canine teeth (ye ke?). Kiranya dia dah nak ada 10 batang gigi dah. Cepat ke? Cepat kut sebab Hannah baru nak masuk 14 bulan tapi dah nak 10 batang gigi.

Nota kaki: Adakah faktor pemakanan juga jadi penyumbang? Sebabnya saya selalu bagi Hannah makan cheese. Curiousity.

Updated 25 March 2010

Actually bukan 2 batang gigi yang nak tumbuh. 3 batang. The third one saya baru perasan semalam. Her first molar di sebelah kiri. Itu yang paling obvious jika nak di bandingkan dengan canine teeth yang 2 batang tu. So, Hannah akan ada 11 batang gigi. Horay!

Advertisements

Shopping + playing

Piawai

Hannah sekarang dah tak nak duduk dalam shopping cart lagi dah bila kami pergi buat marketing di Tesco or Giant. Dia nak tolak shopping cart tu sekali.

Gambar yang next pulak dia first time naik ride yang masuk token tu (seriously, I don’t know the exact name for that rides). Naik ni sebab tunggu En. Suami yang tengah buat urutan dengan kerusi urut Gintell. Sekali duduk 15 minit = RM5. Hannah takut naik rides ni. Kejap-kejap nak turun even benda alah tu tak stop lagi. Tapi dia tak nangis. And bila benda tu stop, dia nak lagi.

Kalau sesiapa noticed, Hannah naik sampai 3 rides. Tu pun En. Suami tak settle lagi “berurut”. Bila letak Hannah atas En. Suami masa tengah “berurut” tu, dia takmo. Jerit-jerit nak turun. Dia nak jalan-jalan. Saya la letih nak mengejarnya. Nyaris tak jadi Tarzan macam kat rumah je lagi. Kuikuikui.

Ok la. Ciao.

Epal di mata saya

Piawai

Saya dah lama tak update pasal Hannah kan? Last update pasal Hannah masa birthday dia hari tu. Hoishh! Memang dah lama sangat tu.

So, ni saya senaraikan je la ye tentang perkembangan Hannah (ini kes malas nak cerita panjang-panjang macam buat karangan 360 patah perkataan).

  1. Vocab dia dah bertambah. Dah pandai sebut “cicak/citak”, “tutup”, “butak” = bukak, “bedak”, “dah”, “tak”, “yayam” = ayam, “kat” = cat, “djam” = jam, “yak” = koyak, “pah” = opah, “katak/tatak” = kakak, “abam/babam” = abang, etc. Tapi dia still banyak lagi menggunakan bahasa baby dia tu. Memang tak faham la dia cakap apa or nak apa. Oh, dia tak boleh lagi nak sebut “mama” or “ma”. Kalau dia panggil saya, dia akan panggil “ya”. Same goes with “papa”. Kadang-kadang je dia akan panggil En. Suami “papa”. The rest, semua “ya”.
  2. Dah boleh disuruh-sarah. Hahaha. Kadang-kadang kesian dia, macam kena buli pulak. Suruh dia ambil remote (Astro, tv, kipas) la, ambil bantal la, ambil kasut la. Macam-macam. Dia pun macam suka je bila kami suruh dia ambil itu, ini.
  3. Kalau nak salin nappy, dia dah tau nak kena sediakan apa. Dia akan ambil nappy (kadang-kadang dia bawak satu pack tu sekali), changing mat, tuala, and wipes. Kadang-kadang bedak pun dia ambil juga.
  4. Kalau dia dah BO (bowel output, bukan body odour), dia cepat-cepat nak bukak seluar. Konon nak bagitau yang dia nak salin nappy la tu. Bila tanya “Hannah dah habis BO ke”? Cepat-cepat dia kata “dah!”.
  5. Bila time nak mandi, dia akan buat gaya orang gosok gigi. Maknanya dia nak berus gigi la tu. Lepas tu dia gosok la gigi tu dari awal mandi sampai la dah siap pakai baju.
  6. Kalau boleh nak berbedak dan sikat rambut sendiri. Sampai dah jadi macam tepung gomak dia lumur bedak dekat muka.
  7. Sekarang dah pandai nak makan pegang sendiri. Makaroni yang kecik tu pun nak pegang juga.
  8. Sangat suka minum air kosong. Tambah-tambah time panas macam sekarang ni. Lagi la saya galakkan dia minum banyak-banyak.
  9. Suka sangat bila nampak cicak. Dari ruang tamu tu, boleh berlari ke dapur bila bagitau ada cicak. Jari telunjuk tu mula la tunjuk-tunjuk cicak kat syiling or tingkap. Mulut asyik sebut “ha! ha! citak”. Kiut aje bunyinya.
  10. Suka nak sepahkan rumah. Trail toys dia tu start dari dapur sampai la ke ruang tamu. Macam Hensel and Gretel pulak. Tinggal jejak. Tapi bila suruh simpan, dia akan simpan balik toys tu. Tapi tak semua la. Mana yang dia rasa nak simpan la.
  11. Dah pandai nangis sambil guling-guling or buat macam orang tengah sujud. Habis menangis tak puas hati la tu. Kadang-kadang saya malas nak layan. Terpaksa buat hati kering sikit.
  12. Since dah pandai sebut “tutup” and “butak”, apa benda yang bagi dia terbukak tu, cepat-cepat dia suruh tutup. Contohnya safety lock yang dipasang pada fridge (kena pasang sebab Hannah dah pandai bukak). Kalau dia nampak benda tu tak berlock, dia suruh tutup. Then, kalau dia nak main blocks (yang ala-ala LEGO/DUPLO), dia akan cakap “butak! butak!” sampai bekas blocks tu kita bukakkan.
  13. Dah pandai memujuk. Kalau saya marah dekat dia or buat-buat menangis sambil tutup muka, dia akan datang tepuk-tepuk saya. Lepas tu siap cak-cak lagi. Konon habis memujuk la tu. Haishh. Memang tak jadi nak marah lama-lama la kan.
  14. Suka buat chores. Contohnya, kalau dia nampak ada macam sampah kecik-kecik atas lantai, cepat-cepat ambil penyapu and nak sapu benda tu. Siap nak pakai receiver lagi.
  15. Lepas tu suka sangat main dengan bawang and kupas kulit bawang tu sikit-sikit. Ada sekali tu, dia bawak keluar periuk stim yang 2 tingkat tu. Dia punggah semua bawang letak dalam lower part periuk tu. Dia kupas satu. Yang dah kupas dia letak kat upper part periuk. Alohai. Hannah nak stim bawang ke?
  16. Dia dah nak dekat orang asing sikit. Dah tak berapa takut macam dulu. But still clinging dengan saya juga.
  17. Dah pandai tunjuk mana satu hidung, mata, telinga, mulut, gigi, kepala, tangan and kaki. Tapi yang ni masa dia 11 bulan hari tu pun dah reti sikit.
  18. Baru nak pandai tengok tivi especially iklan. Dia dulu paling suka tengok iklan Digi yang mamat menari-nari tu. Lepas tu iklan TV3 sebelum Buletin Utama tu. Oh, dia juga sangat concentrate tengok slot weather forecast ye. Slot yang paling ditunggu-tunggu.
  19. Kalau nak something, dia akan tarik either saya or En. Suami untuk tolong dia ambilkan benda tu walaupun hakikatnya kami tak tau pun dia nak apa benda. Kalau tak ikut dia, kompem akan menjerit-jerit marah la.
  20. Memang dah tak boleh nak duduk diam. Seriously macam kid kena sugar rush. Kejap toing sini. Kejap toing sana. Penat weh nak kejar dia. Dia hanya akan senyap or diam bila time tido je. Selain tu, memang bergegar la rumah kecik tu dengar suara saya jadi Tarzan.

Ok la. Tu je la dulu update pasal Hannah. Actually ada banyak lagi. Nanti la saya update balik di masa akan datang. Anyway, macam mana pun Hannah buat saya tunggang terbalik, she’s still the apple of my eyes. Oh…saya tengah touching dengan ayat sendiri. Hahaha. Ciao.

    Edisi terjah KL suka-suki: Part Tres

    Piawai

    Second day di KL.

    Actually last day. Dah nak kena balik hari tu juga. But before head back to Ipoh, kita singgah satu lagi tempat. Hehehe. Oh, sebelum tu, kami posing-posing dulu kat rumah my sis-in-law.

    En. Suami posing dengan motor idaman dia (eh, ni ke motor idaman Abang??)

    Masih berposing dengan motor orang.

    Tak banyak posing pun. Ingat nak snap gambor anak-anak kucing yang my sis-in-law bela tapi…tah…terlupa pulak. Hehehe.¬†Then kami pun berangkat le ke destinasi yang seterusnya. Low Yat Plaza.

    Masa on the way nak masuk ke KL tu, of course la kami nak kena lalu kat area sini dulu.

    Tiba-tiba rindu la pulak kan kat sini.

    Ni Lebuh Silikon. Tapi tak nampak pintu gerbang dekat pusat sukan tu la.

    Berilmu, Berbakti.

    Ini bukan fakulti saya. Ni fakulti En. Suami.

    Ok la. Dah sampai Low Yat. Punya la dah berkurun abad tak ke sini. Dulu ni tempat lepak-lepak hujung minggu ni (ini tipu je ye…bukan tiap-tiap minggu pun). Tujuan? Mula-mula En. Suami kononnya nak cari digicam. Dia nak cari either Panasonic Lumix DMC FT2 or Sony DSC TX7.

    Ini or

    ini

    Tapi last-last dua-dua pun tak beli. Lumix tu tak sampai Malaysia lagi. Tapi…tapi…tapi…kami singgah sini…

    Buat apa? Beli barang la. Barang apa? Tu yang kat belakang tu.

    Hannah dah buat muka bosan.

    Muka orang eksaited sebab dah dapat barang idaman (siapa yang eksaited yang sebenarnya nih?).

    Dah habis beli barang, apa lagi tunggu. Balik la. Sampai Ipoh, semua dah keletihan. Hohh…penats.

    Oh, nak tunjuk hasil pembelian di Low Yat.

    Taraa!

    Whose? Of course mine! Yeay! Thanks En. Suami sebab tolong belikan dahulu. Ok la. Begitu la percutian saya masa cuti Maulidur Rasul hari tu. Hoishh. Lamanya saya nak update pasal percutian tu. Hihihi. Well, saya busy kalah bee. Ciao.

    Selamat Hari Wanita

    Piawai

    Oh, oh. Ini saya sangat-sangat terlupa nak buat entri tentangnya.

    Image curik dari Google Image

    Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di dunia.

    You all fabulous and special in your own way.

    Edisi terjah KL suka-suki: Part Dos

    Piawai

    Okeh. Kita sambung balik.

    Still day 1 lagi kat KL ni. Lepas dah isi perut kenyang-kenyang tu, kami mulakan misi berjalan-jalan.

    Tujuan utama still nak ke Ikea, tapi jalan-jalan la dulu kat The Curve tu. Orang ramai la sebab public holiday kan. Tu pun tak jalan sangat dalam The Curve. Sebab dua-dua dah buntat kekenyangan. Hannah lak dah nak start cranky. And then end up terus lena kat dalam buggy dia tu. Kesian anje sorang tu.

    Dah habis jalan-jalan kat The Curve, pergi la pulak ke Ikano. Pun tak jalan-jalan sangat. Lepas tu terus proceed ke Ikea. Kat Ikea tak sempat nak snap gambor sebab sibuk nak list kan apa benda yang nak diborong. Tapi bila nak pick up kat Self-Serve Area, terus kensel je semua benda-benda tu. Sebabnya, kami datang naik Cik Viva ye bukan datang dengan Cik Estima. Mana la nak sumbat seaneka rak, dining table, kerusi dan yang entah hapa-hapa lagi tu. Just beli yang ada kat area Market Hall je la. Huhuhu.

    Habis shopping, gerak lak ke kedai basikal yang En. Suami nak pergi. Masa keluar je dari basement The Curve tu, baru tau yang kat luar tu hujan lebat bangat. Hoh! KL hujan. Jangan sampai banjir sudah.

    Lepas En. Suami habis shopping kat kedai basikal tu, kami ke SS15 USJ. Nak jumpa tokey kedai ni. ModernoPC. Nasib la ada GPS. Kalau tak, mampuih kami tak reti nak redah ikut celah mana nak ke kedai Adiel tu.

    Saya salute la Adiel ni. Tetiba kat celah-celah SS15 tu, ada sebiji kedai Melayu yang jual hardware komputer. Dan bukan sebarang kedai hardware komputer la. Ni kedai baekk punya. Nak customize PC memang boleh buat kat kedai dia ni (sungguh promote kedai member tanpa sebarang bayaran dikenakan). Barang Razer memang banyak kat sini. Saya ada satu Razer Krait yang saya dah-buat-macam-harta-pusaka-sendiri dari En. Suami (Abang dah tak main DOTA lagi kan? Kan? Kan?).

    Alamak! Gambor dengan tokey kedai tak ada la. Dengan assistant pun tak ada juga. Nanti kami datang lagi, kita snap gambor sesama ye. Heee.

    Next pit stop – Taman Prima Tropika, Seri Kembangan. Nak crash rumah my sis-in-law. Dulu dah pernah pergi rumah dia ni masa saya ada kursus di MTDC (masa saya kerja di company lama). So, still ingat lagi la jalan nak ke sana.

    Sampai je, kami mandi-manda, makan-makan. Hannah sangat eksaited sebab ada sepupu-sepupu yang nak main dengan dia. Saya dah really-really penat. En. Suami pun sama. Tapi Hannah tak mau tidur lagi. Dia dah jenuh tidur dalam kereta. Waaa! Hannah, buli mama dengan papa dia. Dalam pukul 12++am baru dia lena. Hoh. Penat, penat.

    Okey, sambung dalam Part Tres. Ciao.

    Edisi terjah KL suka-suki: Part Uno

    Piawai

    26 Fabruari 2010 / 12 Rabiulawal 1431

    It’s really a last minute or unplanned planning. Tiba-tiba je. Setelah bosan dengan 2 kerat shopping complex yang ada kat Ipoh ni (pi mai pi mai tang tu je), kami pun¬†terjah KL. Mutiara Damansara to be exact. Cadang nak pergi balik hari je. Tapi small luggage still bawak juga. Sebab akan tau end up mesti tak balik hari punya.

    Konon nak keluar pukul 8am. Hmmm…standard la. 10am baru keluar rumah. Around 1++pm sampai The Curve (tu pun dengan bantuan Cik Garmin). Saya eksaited lebih sebab 1st time sampai The Curve. Memang gila kampung la. Hahaha. Tapi entah macam mana kami ke E-Curve dulu. Tak menarik pun sebab maybe still baru lagi kut. Kedai pun tak banyak lagi. Perut lak dah nyanyi lagu Lady Gaga. So, tanpa fikir panjang, terus terjah masuk Tony Roma’s. Memang rasa macam datang dari kampung la masuk sini. Itu belum masuk bila nak bayor. Terasa macam darah meleleh keluar dari hidung je (sebab saya yang bayor kan).


    Sesi kaler-kaler. Ni saya rasa kat mostly restoran yang cam gini ada letak crayon and activity sheet untuk kids.


    Hannah habis hati dapat menyonteng. Suka sangat dia sebab kat rumah tak boleh nak conteng suka-suki.


    Ni starter – Boneless Buffalo Bites. Bukan kerbau ye. Ayam. Namanya je buffalo. Ada dalam 10 ketul kut.


    Ni air kami. Saya serius tak ingat apa ke nama airnya. Tak silap yang En. Suami punya Submarine ‘O’. Mine is Lime apa tah. Hahaha. Saya memang tak boleh jadi food critique. Hehehe.


    Main dish saya – Chicken Tuscany Pasta. Boleh buat makan untuk 2 orang. Jenuh nak habiskan weh. Masa tengok pinggan dia je saya dah kaget jap.


    Yang ni En. Suami punya – Grilled Chicken & Rosemary Sauce kut. Side dishes dia kami amik coleslaw and baked potato. Tapi coleslaw tu macam sedap yang En. Suami buat lagi je.


    Dah habis makan. Kami memang dah totally full masa ni. Buffalo Bites tu ada 3 ketul tak habis. Pasta tu pun berusaha nak habiskan. Tapi tak boleh nak habis juga.

    So, nanti sambung lagi dalam Part Dos. Ciao.