Epal di mata saya

Standard

Saya dah lama tak update pasal Hannah kan? Last update pasal Hannah masa birthday dia hari tu. Hoishh! Memang dah lama sangat tu.

So, ni saya senaraikan je la ye tentang perkembangan Hannah (ini kes malas nak cerita panjang-panjang macam buat karangan 360 patah perkataan).

  1. Vocab dia dah bertambah. Dah pandai sebut “cicak/citak”, “tutup”, “butak” = bukak, “bedak”, “dah”, “tak”, “yayam” = ayam, “kat” = cat, “djam” = jam, “yak” = koyak, “pah” = opah, “katak/tatak” = kakak, “abam/babam” = abang, etc. Tapi dia still banyak lagi menggunakan bahasa baby dia tu. Memang tak faham la dia cakap apa or nak apa. Oh, dia tak boleh lagi nak sebut “mama” or “ma”. Kalau dia panggil saya, dia akan panggil “ya”. Same goes with “papa”. Kadang-kadang je dia akan panggil En. Suami “papa”. The rest, semua “ya”.
  2. Dah boleh disuruh-sarah. Hahaha. Kadang-kadang kesian dia, macam kena buli pulak. Suruh dia ambil remote (Astro, tv, kipas) la, ambil bantal la, ambil kasut la. Macam-macam. Dia pun macam suka je bila kami suruh dia ambil itu, ini.
  3. Kalau nak salin nappy, dia dah tau nak kena sediakan apa. Dia akan ambil nappy (kadang-kadang dia bawak satu pack tu sekali), changing mat, tuala, and wipes. Kadang-kadang bedak pun dia ambil juga.
  4. Kalau dia dah BO (bowel output, bukan body odour), dia cepat-cepat nak bukak seluar. Konon nak bagitau yang dia nak salin nappy la tu. Bila tanya “Hannah dah habis BO ke”? Cepat-cepat dia kata “dah!”.
  5. Bila time nak mandi, dia akan buat gaya orang gosok gigi. Maknanya dia nak berus gigi la tu. Lepas tu dia gosok la gigi tu dari awal mandi sampai la dah siap pakai baju.
  6. Kalau boleh nak berbedak dan sikat rambut sendiri. Sampai dah jadi macam tepung gomak dia lumur bedak dekat muka.
  7. Sekarang dah pandai nak makan pegang sendiri. Makaroni yang kecik tu pun nak pegang juga.
  8. Sangat suka minum air kosong. Tambah-tambah time panas macam sekarang ni. Lagi la saya galakkan dia minum banyak-banyak.
  9. Suka sangat bila nampak cicak. Dari ruang tamu tu, boleh berlari ke dapur bila bagitau ada cicak. Jari telunjuk tu mula la tunjuk-tunjuk cicak kat syiling or tingkap. Mulut asyik sebut “ha! ha! citak”. Kiut aje bunyinya.
  10. Suka nak sepahkan rumah. Trail toys dia tu start dari dapur sampai la ke ruang tamu. Macam Hensel and Gretel pulak. Tinggal jejak. Tapi bila suruh simpan, dia akan simpan balik toys tu. Tapi tak semua la. Mana yang dia rasa nak simpan la.
  11. Dah pandai nangis sambil guling-guling or buat macam orang tengah sujud. Habis menangis tak puas hati la tu. Kadang-kadang saya malas nak layan. Terpaksa buat hati kering sikit.
  12. Since dah pandai sebut “tutup” and “butak”, apa benda yang bagi dia terbukak tu, cepat-cepat dia suruh tutup. Contohnya safety lock yang dipasang pada fridge (kena pasang sebab Hannah dah pandai bukak). Kalau dia nampak benda tu tak berlock, dia suruh tutup. Then, kalau dia nak main blocks (yang ala-ala LEGO/DUPLO), dia akan cakap “butak! butak!” sampai bekas blocks tu kita bukakkan.
  13. Dah pandai memujuk. Kalau saya marah dekat dia or buat-buat menangis sambil tutup muka, dia akan datang tepuk-tepuk saya. Lepas tu siap cak-cak lagi. Konon habis memujuk la tu. Haishh. Memang tak jadi nak marah lama-lama la kan.
  14. Suka buat chores. Contohnya, kalau dia nampak ada macam sampah kecik-kecik atas lantai, cepat-cepat ambil penyapu and nak sapu benda tu. Siap nak pakai receiver lagi.
  15. Lepas tu suka sangat main dengan bawang and kupas kulit bawang tu sikit-sikit. Ada sekali tu, dia bawak keluar periuk stim yang 2 tingkat tu. Dia punggah semua bawang letak dalam lower part periuk tu. Dia kupas satu. Yang dah kupas dia letak kat upper part periuk. Alohai. Hannah nak stim bawang ke?
  16. Dia dah nak dekat orang asing sikit. Dah tak berapa takut macam dulu. But still clinging dengan saya juga.
  17. Dah pandai tunjuk mana satu hidung, mata, telinga, mulut, gigi, kepala, tangan and kaki. Tapi yang ni masa dia 11 bulan hari tu pun dah reti sikit.
  18. Baru nak pandai tengok tivi especially iklan. Dia dulu paling suka tengok iklan Digi yang mamat menari-nari tu. Lepas tu iklan TV3 sebelum Buletin Utama tu. Oh, dia juga sangat concentrate tengok slot weather forecast ye. Slot yang paling ditunggu-tunggu.
  19. Kalau nak something, dia akan tarik either saya or En. Suami untuk tolong dia ambilkan benda tu walaupun hakikatnya kami tak tau pun dia nak apa benda. Kalau tak ikut dia, kompem akan menjerit-jerit marah la.
  20. Memang dah tak boleh nak duduk diam. Seriously macam kid kena sugar rush. Kejap toing sini. Kejap toing sana. Penat weh nak kejar dia. Dia hanya akan senyap or diam bila time tido je. Selain tu, memang bergegar la rumah kecik tu dengar suara saya jadi Tarzan.

Ok la. Tu je la dulu update pasal Hannah. Actually ada banyak lagi. Nanti la saya update balik di masa akan datang. Anyway, macam mana pun Hannah buat saya tunggang terbalik, she’s still the apple of my eyes. Oh…saya tengah touching dengan ayat sendiri. Hahaha. Ciao.

    6 responses »

    1. agaknya budak kecik ni memang suka tengok iklan tv3 ngan digi kot. zara pun kalau tengah buat apa apa, tengok iklan digi n tv3 tu, boleh stop dan mata terus melekat kat tv. dulu dulu, kazen kazen zara pun semua suka tengok iklan tv3 tu.

    2. .i.n.a.z.: ye kut…memang budak-budak suka tengok iklan TV3 dengan Digi tu…sebab rentak dia best.

    3. halah halah comelnye hannah!! hihihihi~ yang bab bersujud guling2 tu pun anak aku selalu buat. kang aku join sekaki kang baru dia tauu.. hahaha.

    4. landaklaut: tu yang kalo dia buat nangis guling-guling aku pun buat-buat nangis…hahaha…

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s